Bukan Jimat Subsidi. Pulangkan Duit Kepada Rakyat
Isu subsidi bersasar dan sistem keselamatan sosial diulas di Podcast YBM Episod 46. Ramai salah faham tentang subsidi bersasar. Mereka ingat maksudnya kerajaan mahu berjimat, potong subsidi, dan ambil balik daripada rakyat. Bukan begitu. Duit subsidi itu tetap duit rakyat. Sepatutnya ia kembali kepada rakyat. Cuma persoalannya, cara mana yang lebih adil? Kalau kita terus membelanjakan RM20 bilion untuk subsidi pukal, orang yang guna minyak paling banyak akan dapat manfaat paling besar. Orang yang lebih susah, yang guna minyak lebih sedikit, dapat jauh lebih kecil. Tetapi kalau jumlah yang sama dipulangkan dalam bentuk pindahan tunai bulanan, keluarga B40 dan M40 boleh terima RM200, RM400, RM500 atau RM700 sebulan, bergantung kepada keadaan isi rumah. Itu bukan wang hadiah. Itu bukan duit raya. Itu bukan bantuan setahun sekali yang orang tunggu seperti durian runtuh. Yang kita perlukan ialah sistem keselamatan sosial. Bantuan bulanan yang masuk secara tetap, seperti gaji. Orang miskin tidak perlu merayu. Tidak perlu isi borang berkali-kali. Tidak perlu tunggu ihsan pegawai atau peruntukan. Kalau data PADU digunakan dengan betul, kerajaan boleh tahu siapa yang perlu dibantu, berapa jumlah yang munasabah, dan bagaimana bantuan itu boleh disesuaikan apabila harga minyak atau kos hidup berubah. Inilah peluang sebenar reformasi subsidi. Bukan sekadar ubah harga minyak tetapi membina satu sistem yang lebih adil sebelum Malaysia menjadi negara tua, kos hidup makin tinggi, dan generasi akan datang terpaksa membayar semua keputusan politik yang kita takut buat hari ini. Tonton kupasan penuh isu subsidi bersasar dan sistem keselamatan sosial di Podcast YBM Episod 46: • Krisis Negeri Sembilan, Kerajaan Madani Po...

Ramai Bising, Belum Tentu Ramai Sokong

Sebelum Jadi PM, Kita Hanya Boleh Bersangka Baik

Rohingya, Pilihan Raya dan Apa Yang Akan Berlaku Seterusnya | YBM #53

BERSAMA Bertanding di 15 Kerusi Dalam PRN Johor 2026

Hamzah kembali Ketua Pembangkang!, Muhyiddin tukar tempat, Kecoh! 'PAS buli Bersatu'| SEKILAS FAKTA

Tan Sri Azam Baki Pergi Pun Tidak Mencukupi. SPRM Tetap Perlu Disiasat

Kalau Tambun Pun Tak Selamat, Anwar Ibrahim Nak Pergi Mana?

SAYA ADA PRINSIP TAKKAN BERSEKONGKOL DGN PKR LAGI - RAFIZI

Krisis Negeri Sembilan, Kerajaan Madani Potong Perbelanjaan & Rafizi Bakal Dipanggil SPRM | YBM #46

Jelajah Kancil Pahang

Rafizi - The Next Leader? | Opposition vs Insider | Policy, Tax & Economy Breakdown | EP 95
![[[LIVE]]5.5.26 ISWARDY MORNI MEMBEDAH: KELEMAHAN ANWAR & NASIB PKR](https://i.ytimg.com/vi/XuH-t8q0qzk/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLCNtfs_J9B7Q9cwj_U3QFq0GF44gg)
[[LIVE]]5.5.26 ISWARDY MORNI MEMBEDAH: KELEMAHAN ANWAR & NASIB PKR

TERKINI! Apa Jadi Dengan Mesyuarat PN Tergempar? | THE ZAID IBRAHIM PODCAST

Ep 91 | Inilah Sebab Kami Keluar PKR & Tubuhkan BERSAMA

Semua Bocor: Exam SPRM, Kerusi PKR, Dan Soalan PRU16 | YBM #47

Apa yang Rafizi sedang cuba buktikan? Adakah utk menguji kekuatan jenama Bersama menjelang PRU 16?

Jelajah Kancil Kelantan
![[[LIVE]]7.5.26 PANAS! KENAPA RAFIZI CEPAT DIDAKWA? & DISEBALIK "KHAIANT" PAS!](https://i.ytimg.com/vi/L1Ga7hh0IH0/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLA0hX6WzK2FBb7OmKSQ4gENb2CyOg)
[[LIVE]]7.5.26 PANAS! KENAPA RAFIZI CEPAT DIDAKWA? & DISEBALIK "KHAIANT" PAS!

Pejuang Sertai PN? Ini Pendirian Terbaru Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir!

