DIPINGGIR KAYANGAN (LANGGAM) by WAHIDA RAHMAN ~ Sounds Of Johor: EP 46 ~ Konsert Simfoni Ghazal 2012

Seorang penyanyi berbakat besar dan bersuara unik dari Johor Bahru - WAHIDA (Allahyarhamah) ABDUL RAHMAN. Persembahan sempena Konsert Simfoni Ghazal 2012 bertempat di Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor Bahru bersama Orkestra Ghazal Johor anjuran Yayasan Warisan Johor. (SENIKATA) Jikalau kau tidur Tidur lah manja Ahai ... tidur lah selesa Tidur lah nan nyenyak Ahai ... di pinggir kayangan Sila lah kau kenang Kenangi lah hamba Ahai ... kenangkan adinda Kenangi lah sayang Ahai ... bayang membayang c/o Kan ku hidangi segala santapan Bersulam-sulaman Yang enak dan nyaman Sang buluh perindu menghibur merdu Amboi tersusun silang mengalun Lunaknya berseri, lunaknya berseri Bak pantun memantun c/o Kan ku taburi rampai-rampaian Kembangan Cina yang harum semerbak Engkaulah kekasih di alam impian Tangan beralun jari menyusun Sembah yang berseri Sembah berseri bersopanlah santun Sekiranya bangun Bangunlah berdoa Ahai ... bangun yang berkisah Berkisah semalam Ahai ... di pinggir kayangan