Tenun Pahang Diraja - (Lagu)

Lagu Tenun Pahang Diraja - Aqie Uda Sehari satu selembar benang, Lama-lama menjadi kain, Sutera asli tenunan Pahang, Budaya warisan indah terjalin.. Kalau berkunjung ke negeri Pahang, Singgah sebentar Pulau Keladi, Kain tenunan indah dipandang, Sudah terkenal di luar negeri... Halus-mulus sutera Pahang, Dipakai sejak zaman bahari, Persona rupanya hingga sekarang, Warna tak luntur dimakan hari... Anak lebah, Si batang pinang, Seluang mudik dan Sepit udang, Banyak lah corak pelbagai ragam, Indah berseri tenunan Pahang.. Tenun Pahang dimula Tok Tuan, Keraing Aji hilang lah sudah, Biarpun masa berganti zaman, Cinta dan kasih tidak berubah..