Siti Nurhaliza Kesilapanku Keegoanmu (Official Lirik Video) ( 4k Hd )
“Siti Nurhaliza” atau lebih di kenali sebagai “Siti Nurhaliza II” ialah album studio eponim kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350,000 unit. Tiga single utama album ini, “Aku Cinta Padamu”, “Wajah Kekasih” dan “Bisikan Asmara” menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, “Aku Cinta Padamu” tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1997 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu ke-5. Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997. Sepertimana album “Siti Nurhaliza I”, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza. Album “Siti Nurhaliza II” dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada tahun 2013. Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP). Trivia tentang "Kesilapanku Keegoanmu" 1. Selain "Aku Cinta Padamu", "Kesilapanku Keegoanmu" adalah sebuah lagi lagu hasil gandingan pasangan LY dan Baiduri yang mendapat tempat di dalam album ini. 2. Merupakan single keempat yang di lancarkan untuk tujuan mempromosikan album ini. 3. Hampir 11 tahun selepas pertama kali di lancarkan, lagu ini menjadi siulan ramai semula apabila "Kesilapanku, Keegoanmu" dijadikan sebagai lagu tema drama TV Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose yang bersiaran di Astro Ria. Lagu "Aku Cinta Padamu" juga digunakan sebagai muzik latar drama ini. Lyric Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku Kau cuba menyatakan aku Menbuat kesilapan Yang tak mungkin kau maafkan lagi Ku tak mungkin kau perlu di sisi Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin Dan terbakar oleh perbuatanmu Suasana sepi kini menambahkan hening di dalam hatiku Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada Waktu begini diusik kenangan silang yang bertandang lalu ku biarkan Ia menabahkan hati ini Kekasihku cukup engkau buat ku begini Luka ini usah engkau berdarahkan kembali Aku masih cinta padamu Aku masih setia padamu Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu Di dalam rindu ku menangis Di dalam kalbu ku terasa Teringatmu di kala derita Yang memisahkan kita Di dalam sendu ku berseru Yang terukir dalam hatiku Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini Aku cinta kepadamu Kekasihku cukup engkau buat ku begini Luka ini usah engkau berdarahkan kembali Aku masih cinta padamu Aku masih setia padamu Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu Di dalam rindu ku menangis Di dalam kalbu ku terasa Teringatmu di kala derita Yang memisahkan kita Di dalam sendu ku berseru Yang terukir dalam hatiku Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku Kau cuba menyatakan aku Menbuat kesilapan Yang tak mungkin kau maafkan lagi Ku tak mungkin kau perlukan lagi disisi

Adira Suhaimi & Hafiz Suip Full Album | Lagu Malaysia Terbaik 2026 | Sayang Orang Sama Lagu Viral

KEKASIHKU DI MENARA - UKAYS (LIRIK) | Lagu Malaysia Penuh Kenangan | Disana Menanti Disini Menunggu

🎸 Wings Band Legenda || Koleksi Lagu Terbaik Wings – Nostalgia Slow Rock Malaysia 80an 90an

Budak Kacamata, Rahmat Ekamatra, Febians - Bintang (Lirik)

Ella musik Malaysia terbaik

Siti Nurhaliza - Seribu Kemanisan (Official Lyrics)

Celine Dion Greatest Hits | Best Love Songs | Celine Dion All Time Favorites

OST Khianat Yang Terpilih | Sayang Orang Sama - Adira Suhaimi | Muzik Video Rasmi

TOP 10 LAGU TERBAIK - SITI NURHALIZA (HD)
![Spoon - Memori Sekuntum Rindu [Lirik]](https://i.ytimg.com/vi/_SL5z5SyWiQ/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLCbc714EdyfSlMhD6uQdZUrhguKnA)
Spoon - Memori Sekuntum Rindu [Lirik]

Lagu Pilihan Terbaik Siti Nurhaliza (Ratu Pop Malaysia) (Official Lyric Video)

Salju Di Danau Rindu (Lirik) Exist, Mega, MAY || Mix Lagu

Siti Sarah - Kesetiaan (Official Music Video)

The Best of Saleem Iklim - Lagu Malaysia Lawas Paling Populer Full Album NO ADS 🎶✨

Tak Mungkin Berpaling - Slam (Lirik Video)

Kecewa Dalam Setia - Thomas Arya Feat Elsa Pitaloka Dan Ipank (Full Album Terbaik 2023 Viral)
![Koleksi Lagu Dangdut - Versi Rockestra [HQ]](https://i.ytimg.com/vi/F-2vwLz3g1E/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLCh9RcrqcDvKuZkVqpMP-sC7N4wDQ)
Koleksi Lagu Dangdut - Versi Rockestra [HQ]

Handy Black - Kau Yang Bernama Seri (Video Lirik)

Inka Christie Full Album || Lagu Lawas 90an || Rela - Inka Christie

