Ini Cara Mak Mertua Masak Rendang Tok Versi Original Orang Perak
Resepi bertulis dan penuh di blog saya https://www.enyabdullah.com/2020/06/r... RESEPI RENDANG TOK NEGERI PERAK Bahan-bahan untuk 1.5kg daging 1.5 kg daging dihiris ketulan besar 1 mangkuk bawang merah dihiris nipis 3/4 mangkuk bawang putih dihiris nipis 3/4 mangkuk halia dihiris nipis 1 senduk nasi serbuk cili dari cili kering yang dijemur dan dan disangai atau panggang dalam oven sampai garing (jangan hangus) - buat sendiri ya kalau guna yang siap kisar baunya tak sedap. boleh lebihkan jika nak pedas 1 senduk nasi ketumbar (jenis halus) disangai dan di kisar kering 1.5 kg santan atau cukupkan 2 kg jika nak lebih berminyak kuahnya Daun kunyit dicarik kasar (jangan potong halus) 1 senduk nasi kerisik 1 ketul gula kabung ( ikut nak manis macam mana) 1 sudu kecil belacan Garam Gula secukup rasa Bahan kisar dengan air dan ditapis dan perah. Ambil hampas sahaja. 3/4 mangkuk serai dipotong 3/4 mangkuk lengkuas Cara masak : Dalam kuali asing, panaskan daging sekejap untuk keluarkan air daging. Dah nampak keluar air, asingkan air. Air daging tu boleh simpan buat stok masakan ya. Dalam kuali lain, masukkan santan panaskan. Kalau santan jenis cair beriair boleh masak sekejap bagi santan tu pekat Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bahan kisar Masukkan serbuk cili dan ketumbar Masukkan daging yang dibuang airnya tadi Biar mendidih dan mereneh hingga daging empuk. Santan tu kalau kering dan daging belum empuk boleh tambah santan. Tambah santan saja jangan tambah air! Agak dah daging empuk boleh masukkan belacan, gula kabung, daun kunyit dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu. Sambung masak sambil kacau sehingga rendang betul kering dan berserbuk Mangkuk saiz jenis yang selalu kita letak lauk tu.

Resepi RENDANG TOK ASLI NEGERI PERAK #resepirendang turun temurun/Resepi dari pakar /Rugi tak cuba

Masak Rendang TOK Asli Guna KAYU API Di Kuala Kangsar - Hampir Terbatal Puasa Dibuatnya!

Cara Masak Rendang Tok Perak Raya2021 Style M.A.K | Resepi 419

Rendang Tok HIRISAN KELAPA legend RESEPI 50 tahun turun temurun ASLI IPOH

Resep Enak❗️Rahasia Rendang Hitam‼️Khas Minang yang Bumbunya Meresap Sampai ke Dalam

Rendang Tok Kayu Api Tahan 2 TAHUN!

SINGGAH DI MISSAMANA SEBELUM BALIK CONAKRY

COOKED 8 HOURS !! RENDANG MINANG ALA KAMPUNG, ENJOY INCREDIBLE !! The Authentic Rendang Recipe

RENDANG TOK Menu Tradisi Perak | Le Creuset

200 KILO sekali masak !! RENDANG TERTUA KAYU API di Perak ini lokasi nya TERSOROK di dalam kampung

RENDANG TOK Juadah Raya ‼️ versi Tokwan

START YOUR TUESDAY WITH FAITH | TODAY GOD IS GIVING YOU UNEXPECTED OPPORTUNITIES | FATHER FREDDY ...

Rendang Tok Asli Warisan Perak Versi Kak Ani

Rendang Tok Masak Guna Kayu API di Rumah Lebih 100 Tahun!

CARA BUAT KUIH VADEY FROZEN VERSI JUALAN || TIPS TIDAK PECAH KETIKA MENGGORENG || Tutorial lengkap

RENDANG TOK ASLI NEGERI PERAK #resepikakshah#rendangtokasli#negeriperak

Rendang Daging Hari Raya, Suami bagi 5 Bintang

Rendang Tok hidangan hari raya yang menyelerakan | salam dari perantau

Rendang tok’ne

