🔴 EP 2: Pembuatan Penganan Semut Tradisional Yang Menggunakan Alatan Moden

Kuih Penganan Semut (Kuih Sarang Semut) ataupun lebih dikenali sebagai Kuih Jala adalah merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Sarawak terutamanya ketika Hari Gawai dan Krismas. Kuih ini boleh didapati dengan mudah ketika anda berkunjung ke rumah panjang untuk meraikan sambutan Hari Gawai. Penganan Semut ini berbeza dengan kuih jala di Semenanjung Malaysia. Ianya versi kuih jala, namun ia ranggup. Ketelitian dan kesabaran amat diperlukan ketika proses pembuatannya. Kuih Penganan Semut diperbuat dari tepung beras dan ianya berbentuk jaringan halus seperti bihun namun rangup dan manis dari segi rasa. Ia memiliki bentuk separuh bulan atau segitiga apabila dilipat atau digulung. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya terdiri daripada tepung beras, tepung jagung, santan, gula, gula apong Sarawak dan air kapur sirih dicampur bersama dengan air sehingga menjadi adunan yang sebati. Air kapur sirih berfungsi untuk menambah kerangupan kuih penganan semut namun ianya hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk mengelakkan kuih penganan semut daripada rasa pahit. Cara pembuatannya adalah dengan mengirai adunan tepung cair menggunakan acuan khas. Di rumah panjang, masyarakat Iban yang membuat kuih penganan semut menggunakan kaedah tradisional iaitu tempurung kelapa yang mempunyai lubang halus, diketuk secara berterusan dan digerakkan dalam beberapa pusingan/bulatan (satu arah) dalam minyak yang panas sehingga menjadi kuning keemasan. Selepas itu ianya boleh dilipat atau digulung dan diangkat untuk ditoskan serta disimpan di dalam bekas kedap udara. Pada masa kini terdapat alatan untuk mengirai penganan semut yang lebih moden dijual di pasaran iaitu diperbuat daripada plastik yang berbentuk seperti corong dan berlubang sama seperti tempurung kelapa. Dalam video ini, saya menggunakan alatan yang diperbuat dari plastik kerana saya tidak mempunyai alatan tradisional iaitu tempurung kelapa. Namun hasilnya dan rasanya tetap sama seperti penganan semut yang asli. Sama seperti pembuatan kuih tradisional Iban yang lain, pembuat kuih ini haruslah sentiasa menjaga tutur kata semasa membuat kuih kerana dipercayai kuih ini mempunyai pantang larang dalam pembuatannya. Walaupun hanya mitos dalam kepercayaan masyarakat Iban namun sehingga ke hari ini, pantang larang tersebut sentiasa menjadi peringatan untuk orang membuatnya. Bahan-bahan: 500g Tepung Beras 400g Tepung Jagung 1 cawan Gula 1/2 cawan Gula Apong Sarawak 1 paket Santan (serbuk) 1 sudu teh Air Kapur Sirih Air Minyak (untuk menggoreng) 📝 Kuantiti gula dan gula apong boleh ditambah lagi jika anda mahukan adunan yang lebih manis. Cara penyediaan: Kesemua bahan di atas dicampurkan bersama dalam bekas untuk mendapatkan adunan tepung yang cair. Air yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang sedikit dan untuk menentukan adunan mempunyai kepekatan yang betul adalah dengan mencuba untuk menariknya ke atas menggunakan tangan, jika adunan itu tidak putus bermakna kepekatan adunan itu betul dan boleh mulakan untuk mengirai tepung tersebut. Kuih penganan semut yang siap digoreng perlu ditoskan minyak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!! Jangan lupa like, comment, share and subscribe channel Monet Vlog ❤️😉 #kuihtradisional #MonetVlog #penganansemut #resepikuihkaras #resepikuihjala #dayakborneo #dayakiban #selamatharigawaidayak #borneo #ibanvlog #sarawakfood #sarawakian #sarawakianyoutuber #sarawak #malaysia Music by:    / @avianjohansson5672   Taboh Iban    • Taboh Iban  

KUIH JALA/SARANG SEMUT l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E102 #kuihjala #kuihtradisi #2024
▶︎

KUIH JALA/SARANG SEMUT l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E102 #kuihjala #kuihtradisi #2024

MANTOU BUTTERMILK CHICKEN ‼️Hidangan cara Hotel
▶︎

MANTOU BUTTERMILK CHICKEN ‼️Hidangan cara Hotel

Powerful Prayer for Healing, Protection & Blessings for Your Home & Family
▶︎

Powerful Prayer for Healing, Protection & Blessings for Your Home & Family

🔴 EP 1: MV Membuat Penganan Cuan Untuk Sambutan Hari Gawai Dayak 2023
▶︎

🔴 EP 1: MV Membuat Penganan Cuan Untuk Sambutan Hari Gawai Dayak 2023

Kuih Apam Dulu2/ Apam Kukus/Gebu Lembut
▶︎

Kuih Apam Dulu2/ Apam Kukus/Gebu Lembut

Kuih Orang Lama Hanya Guna 3 Bahan / KUIH KARAS Tips KUIH KARAS CANTIK DAN RANGUP
▶︎

Kuih Orang Lama Hanya Guna 3 Bahan / KUIH KARAS Tips KUIH KARAS CANTIK DAN RANGUP

🔴 EP02 : ACAR KEROPOK SARAWAK WAJIB ADA KETIKA HARI GAWAI DAYAK
▶︎

🔴 EP02 : ACAR KEROPOK SARAWAK WAJIB ADA KETIKA HARI GAWAI DAYAK

Sarang Semut, Kuih Tradisional Iban | Ranggup, guna dua jenis tepung
▶︎

Sarang Semut, Kuih Tradisional Iban | Ranggup, guna dua jenis tepung

Kuih Jala/Sarang Semut/kuih Karas
▶︎

Kuih Jala/Sarang Semut/kuih Karas

Resepi Cucur Jawa Tak Perap | Tips Gerenti Jadi | วิธีทำขนมฝักบัว
▶︎

Resepi Cucur Jawa Tak Perap | Tips Gerenti Jadi | วิธีทำขนมฝักบัว

Kuih Raya Tradisional - Kuih Karas | MHI (9 April 2023)
▶︎

Kuih Raya Tradisional - Kuih Karas | MHI (9 April 2023)

Sambal Goreng Penganten
▶︎

Sambal Goreng Penganten

Resep Cara Membuat Kembang Goyang Renyah Gurih dan Enak - Kuih Loyang
▶︎

Resep Cara Membuat Kembang Goyang Renyah Gurih dan Enak - Kuih Loyang

🔴 EP 5: Cubaan Pertama Seorang Amatur Untuk Membuat Kuih Tradisi Yang Banyak Kerenahnya
▶︎

🔴 EP 5: Cubaan Pertama Seorang Amatur Untuk Membuat Kuih Tradisi Yang Banyak Kerenahnya

KUIH CAP l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E95 #kuihcap #kuihloyang #kuihtradisional #2024
▶︎

KUIH CAP l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E95 #kuihcap #kuihloyang #kuihtradisional #2024

Kuih Tradisional Hari Gawai Dayak Di Sarawak .Penganan Jala Ranggup #gawai2023 #masakandayak
▶︎

Kuih Tradisional Hari Gawai Dayak Di Sarawak .Penganan Jala Ranggup #gawai2023 #masakandayak

Roti Canai Lembut Gebu Dan Garing
▶︎

Roti Canai Lembut Gebu Dan Garing

Penyaram gula apong sarawak || Cucur jawa || Step by step
▶︎

Penyaram gula apong sarawak || Cucur jawa || Step by step

Cara Membuat Kue || kue rambut ||Makanan Khas Alor_Part II
▶︎

Cara Membuat Kue || kue rambut ||Makanan Khas Alor_Part II

Cara membuat kue karas dan bisa menjadi ide bisnis jualan online#kueKaras#kuetradisional#cemilan
▶︎

Cara membuat kue karas dan bisa menjadi ide bisnis jualan online#kueKaras#kuetradisional#cemilan