DALING-DALING ~ SMK BINGKOR

KARNIVAL KHAS TINGKATAN 6 PERINGKAT NEGERI SABAH KALI KE - V. 1 Ogos 2019, Di Dewan SMK Keningau II. Markah kokurikulum untuk kemasukan ke universiti bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hanya akan mengambil kira penglibatan pelajar ketika berada di tingkatan enam. Berdasarkan keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Profesional kementerian, aspek kokurikulum tidak lagi akan berasaskan penglibatan pelajar sejak dari tingkatan satu. Sekarang ini, pelajar tingkat­an enam tidak boleh menyertai sebarang kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) kerana melebihi had umur yang ditetapkan. Oleh itu, kementerian memutuskan untuk menganjurkan sendiri karnival sukan di semua peringkat termasuk kebangsaan, ne­geri, daerah dan sekolah kepada pelajar tingkatan enam bagi aktiviti kokurikulum mereka. Tidak ada penilaian kokurikulum yang dibawa dari tingkatan satu seperti sebelum ini.