Lawatan Pusat Didikan Komuniti (PDK) ke Sungai Siput

Lawatan ke Pusat Pendidikan Komuniti di Pos Piah, Sungai Siput bersama Persatuan Ranok Kita ini memberi peluang kepada pasukan PPRP untuk memahami dengan lebih dekat kepentingan pendidikan dalam memperkasakan komuniti Orang Asli. Melalui perkongsian bersama komuniti, lawatan ini memberi inspirasi kepada usaha untuk meneroka penubuhan Pusat Pendidikan Komuniti bagi KOA Sawah Batu dan kampung-kampung sekitar kawasan PPRP. Pendidikan memainkan peranan penting dalam membuka peluang, membina keyakinan dan menyokong masa depan generasi muda.