Kek Butter Premium & Klasik | Edisi Niaga

Kali ni Che Nom nak share resepi antara kek yang paling Che Nom suka sangat makan, iaitu kek butter. Kek butter ni sangat premium rasanya, lembut dan gebu. Bg Che Nom rasa pun tak terlalu manis, kena lah dengan rasa berlemak pure butter yang digunakan. Kek ni walaupun resepi nya mudah aja, tetapi kita perlu pandai mengawal oven kita sendiri untuk dapatkan hasil pembakaran yang sekata. Kalau makan waktu suam-suam panas lagi memang terbaik, dengan keharuman pure butter tu bila lepas bakar betul-batul nikmat. Kalau kita simpan beberapa hari pun rasanya akan jadi lebih sedap. Untuk yang nak mula berniaga, Che Nom sertakan sekali anggaran harga kos untuk semua bahan yang dugunakan. Termasuk juga kos operasi dan kos pembungkusan. Dan harga ni kalau pembelian borong lebih murah lah. NOTA: 1. Jika guna tepung gandum atau tepung kek, sukatan baking powder ialah 2 sudu kecil 2. Jika guna mentega salted, tidak perlu lagi tambah garam //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan: 250g /2 cawan tepung naik sendiri 200g /1 cawan gula kastor 1 sudu kecil serbuk penaik ½ sudu kecil garam 250g mentega tak bergaram 4 biji telur (saiz A atau B) 1 sudu kecil esen vanila 80ml / 1/3 cawan susu penuh krim //English -------------------------------- Ingredients: 250g /2 cups of self raising flour 200g /1 cup caster sugar 1 teaspoon baking powder ½ teaspoon of salt 250g unsalted butter 4 eggs (size A or B) 1 teaspoon vanilla essence 80ml / 1/3 cup full cream milk Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #kekbutter #resepichenom