6 Julai 2026

Pada kita bilik ini hanya biasa tapi bagi Pak Zul bilik ini sangat cantik baginya..Tidak terlintas di fikiran Pak Zul dia akan tinggal dan menghabiskan sisa hidupnya disini.. Dulu Pak Zul pernah kahwin..Isteri Pak Zul meninggal 50 tahun dulu dan Pak Zul tak kawin sampai sekarang..Sekarang Pak Zul umur 73 tahun.. Pak Zul berasal dari Kuala Lumpur dan bekerja sebagai jaga di Rawang..Disebabkan faktor usia Pak Zul diberhentikan kerja dan tak mampu lagi untuk membayar bilik sewanya di Rawang.. 4 bulan lepas Pak Zul datang balik ke Kuala Lumpur dan bermulalah hidup Pak Zul sebagai gelandangan..