LELAKI TERJAH WARGA ASING BELA AYAM DALAM LONGKANG DI PANGSAPURI PINGGIRAN PUTRA

LELAKI TERJAH WARGA ASING BELA AYAM DALAM LONGKANG DI PANGSAPURI PINGGIRAN PUTRA Seorang lelaki dikenali sebagai @rief_syarafuddin membongkarkan kegiatan warga asing yang membela ayam di dalam longkang di Pangsapuri Pinggiran Putra, Seri Kembangan Selangor. Menerusi video yang dikongsikan, terdapat beberapa sangkar ayam yang diletakkan di dalam longkang yang dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit dan menyebabkan kekotoran. Selain itu, dia juga turut menegur beberapa peniaga warga asing menjual sireh yang menjadi punca kawasan sekitar dicemari dengan ludahan sireh.