RESEPI Paprik Ayam ala Thai Yang Sangat Sedap
Hai semua, kali ni Dayang nak kongsikan Resepi Paprik Ayam Ala Thai yang sangatttt sedap, dengan kuah yang pekat dan warna yang mengancam. Paprik yang sedap mestilah ayam kena masak betul-betul,kuahnya mesti cukup elemen penting hidangan thai iaitu pedas,masam,manis barulah terangkat habiss! PadPrik Ayam bermaksud ayam yang dimasak dalam sos cili, dan ditambah dengan sayur-sayur pilihan,Dayang paling suka hidangan Paprik Ayam sebab satu hidangan je tapi lengkap dengan protein,vitamin dan zat dari ayam,sayur,bawang semua,bertambah enak lagi dicampur dengan cili kisar,pelbagai sos yang lain menjadikan lauk ni antara yang TERLARIS kat kedai tomyam kan.. Sesuai dinikmati bersama nasi putih,atau nasi goreng atau diratah begitu saja, boleh disuai padan kan dengan telur dadar,kailan ikan masin atau lauk sampingan lain ikut selera kita,..ajomm masak sendiri dirumah,jom salin resepi,untuk cara masak boleh tengok video ye,terima kasih Bahan-bahan Isi dada ayam (dalam 450g) 1 biji bawang holand (bawang kuning tu) 8 biji cili hijau dan merah beberapa helai daun limau purut 2 batang serai 8 batang kacang buncis 7 batang badik jagung@baby corn bunga kobis 6 ulas bawang putih 1 biji limau nipis Bahan Sos 5 sb cili kisar@cili giling 3 sb sos cili 4 sb kicap pekat manis 1 sb sos tiram 1 sb sos ikan @ sos nampla bahan perasa & bahan lain 1 sk garam halus 1 sb gula pasir 1 cawan minyak masak 1 cawan air untuk dijadikan kuah Tips: 1) Masak paprik guna api besar,tapi bila letak cili kisar,perlahan kan api ok,lepas cili garing,nak masukkan sayur bleh besarkan balik api nya 2) Perah limau akhir sekali,lepas tu terus tutup api dan gaul sebati untuk rasa lebih padu. 3)Masak sayur sekejap je untuk kekal rangup,baru sedap paprik kita Nota: Wajib letak daun limau purut dan sos ikan untuk rasa sebijik macam kat kedai thai,kalau skip memang rasa akan lari skit,, Tefal Wokpan 32cm- https://invol.co/cl56wut Portable gas stove- https://invol.co/cl56xrn ____________________________________________ #paprikayamalathai #resepipaprikayam #paprikayam Email : [email protected]

Sambal Belacan ala Kedai Tomyam & Paprik Ayam Original

Paprik Ayam Ala Thai ❗Rasa Macam Makan Dekat Kedai Thai ❗

AYAM GORENG KUNYIT ALA THAI | Rangup, Ringkas dan Kurang Berminyak

Easy Pandan Chili Chicken Recipe | Spicy & Delicious|家常班兰辣椒鸡做法|香辣开胃超简单

Steamed chicken legs: so tender they fall off the bone, the whole family will love it! No cooking fu

AYAM MASAK BAWANG KEDAI MAMAK | Serius Sedap Sangat

Paprik Seafood ala Thai yang Mantap

🔴 Cara Cepat Pandai Masak Asam Pedas Original Melaka (Ikan Merah)| Resepi Asli Turun Temurun 👍

Ayam Masak Paprik Padu | Habis Licin Periuk Nasi

Tomyam Ayam, pedas & pekat semua cukup rasa

RESEPI Ayam Masak Merah Teramat Sedap | Rasa Macam Kat Kenduri Kahwin

NASI AYAM KLASIK CARA TOKWAN ‼️Resepi nasi ayam ringkas

PAPRIK AYAM ALA THAI | Dapur Limau Nipis

Bihun Goreng Ikan Bilis Garing | Cara Goreng Bihun Tak Hancur |

cara buat ayam paprik Thai by kak nur @tip ringkas pasti sedap

Paprik Ayam Thai Terlajak Sedap Confirm Suami Puji

Ayam Masak Cili Kering

Paprik Ayam Mudah Dan Sedap | Sekejap Jer Dah Masak

RESEPI RENDANG AYAM TRADISI | STEP BY STEP | MUDAH DAN SEDAP

