PEMENTASAN FILEM PENDEK BMCO 1102: “HIKAYAT LEMBAH BATU BERBISIK”

Sinopsis Filem Pendek: Sebuah cerita Melayu yang telah diadaptasikan daripada kisah “Batu Belah, Batu Bertangkup”. Cerita ini mengisahkan Mak Tanjung, iaitu seorang isteri kepada Pak Kantan dan emak kepada dua orang anak, iaitu Bunga Melur dan Bunga Pekan. Mak Tanjung telah lama kempunan telur ikan Tembakul sejak suaminya masih ada sehinggalah tiada di muka bumi. Cerita ini ingin mendidik masyarakat yang menonton untuk menghormati kedua-dua ibu bapa serta meningkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap Sang Pencipta, Allah S.W.T. Setiap manusia wajib meminta segala yang diinginkan hanya pada Allah dan bukanlah makhluk lain. Oleh itu, kisah ini memamaparkan karenah watak yang pelbagai dan akibat apabila tidak mentaatai ibu bapa serta tidak patuh akan perintah Ilahi. Semuanya telah terkandung dalam sebuah cerita yang diberi nama, “HIKAYAT LEMBAH BATU BERBISIK”