Ini Cara Saya Akan Tangkap Penipuan
Kita sambung lagi bincang tentang pelaburan KWAP dalam eFishery. Saya berpengalaman sebagai auditor. Itu kerja saya sejak muda. Setiap skandal kerajaan yang saya bongkar sebelum ini semuanya bermula daripada tiga penyata yang sama. 1 - Income statement. Penyata untung rugi. Berapa pendapatan? Berapa perbelanjaan? Berapa untung? 2 - Balance sheet atau kunci kira-kira. Berapa aset, berapa hutang, berapa duit di bank, berapa masuk untuk saham? Kedua-dua ni bersaling kait. Untung rugi daripada income statement akan masuk ke bahagian equity dalam balance sheet. Semuanya sepatutnya balance out. Itulah keindahan perakaunan yang bertahan selama ini iaitu debit dan kredit. Kalau ada satu kaki di debit, mesti ada satu kaki di kredit. Tetapi orang selalu lupa penyata yang ketiga: 3 - Cash flow statement Kalau syarikat itu untung, dan untung dia nampak cantik, kemudian ia diletakkan dalam balance sheet. Kita perlu pergi check satu perkara sahaja. Duit itu betul-betul masuk ke dalam tidak? Sepadan atau tidak dengan untung yang dilaporkan? Income statement boleh cakap apa dia nak cakap. Balance sheet boleh cakap apa dia nak cakap. Tapi cash flow? Bila invois itu direka, duit itu memang tak pernah ada. Ini bukan forensik yang rumit. Ini penyata ketiga. Penyata yang mana-mana auditor sepatutnya membuka terlebih dahulu. Jadi saya cuma nak tahu satu perkara. Macam mana due diligence dibuat? Macam mana auditor mengesahkan angka-angka ini? Dan apa sebenarnya yang mereka jumpa sebelum pelaburan ini diluluskan? Tonton kupasan lanjut isu pelaburan KWAP dalam eFishery di Podcast YBM #56 di saluran YouTube saya: • Isu Pelaburan eFishery, Lama Mana Kerajaan...

Isu Pelaburan eFishery, Lama Mana Kerajaan MADANI Akan Bertahan? | YBM #56

Kerugian KWAP Dalam eFishery: Pembangkang Didakwa ‘Tidur’, Rafizi Dedah Punca Dan Beza Dengannya SRC

@Sunita nishad up52 is live

Hundreds of thousands forced to evacuate because of European wildfires

BERSAMA Tak Masuk PRN Negeri Sembilan Sebab Tok Min? Ini Sebabnya

((𝐋𝐈𝐕𝐄)) 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐔-𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐊𝐀𝐌𝐀𝐓

(🔴LIVE) 27-07-2026 Ustaz Hisyam Mohd Radzi: Al-Azkaar, Karya Imam An-Nawawi (Siri 43)

Jangan Beli Kat Alibaba Kalau Tak Tengok Video Ni!

Forex Harus vs Haram: Jangan Silap Faham!

How This Singaporean Retired At 35 Without Getting Rich | Money Mind

EP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200J

Chegubard Gesa Siasatan Dakwaan Sogokan Pengundi Awal Polis

Kamil Munim nak tumpang tui hasil kerja Rafizi dlm isu RCI Tabung Haji, low class betul AMK PKR

U.S. pauses strikes on Iran amid apparent progress in talks

Hagel, Starkregen, Ernteausfall: Land unter in Westmecklenburg

Suhaily terjah jumpa Ayob Khan walaupun tak dijemput, dia pun pegawai kanan polis pinjam sat ke AKPS

What's known about the suspect in the Berlin LGBTQ+ parade attack

24 Hours on a Tropical Island 2

