UNIVERSITI MALAYA IDEAS FESTIVAL | SOROTAN

Universiti Malaya (UM) hari ini melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menghimpunkan lebih 10,000 pengunjung, pempamer, pemain industri dan pakar akademik menerusi Universiti Malaya Ideas Festival (iFEST) 2026, sebuah festival inovasi dan penyelidikan berskala besar yang menampilkan lebih 2,800 projek tahun akhir pelajar daripada 17 fakulti. Dengan konsep yang diperbaharui, UM iFEST 2026 menggabungkan pelbagai komponen utama universiti termasuk pameran Projek Tahun Akhir Sarjana Muda (UG FYP), penyelidikan pascasiswazah melalui International Transdisciplinary Research Conference (INTRAC), pameran penyelidikan berskala besar Universiti Malaya Research and Innovation Showcase (UMRIIS), serta karnival kerjaya UMStepUP. Pendekatan holistik ini menjadikan UM iFEST sebagai platform strategik yang menghubungkan pelajar, penyelidik, industri dan bakal majikan dalam memacu pembangunan modal insan berimpak tinggi. Sebanyak 2,800 projek yang dipamerkan telah dinilai oleh 401 juri profesional daripada pelbagai bidang industri dan akademik dalam usaha merebut Anugerah Undergraduate Final Year Project (UGFYP). Projek-projek yang dipamerkan merangkumi sembilan kluster utama iaitu Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Alam Bina, Kesihatan dan Perubatan, Kecerdasan Buatan dan Inovasi Digital, Kelestarian dan Alam Sekitar, Pendidikan dan Pengajian Bahasa, Perniagaan, Kewangan dan Keusahawanan, Seni, Budaya dan Industri Kreatif serta Sains Sosial dan Kemanusiaan, mencerminkan keluasan kepakaran dan kecemerlangan multidisiplin Universiti Malaya. Penganjuran UM iFEST 2026 turut membuktikan komitmen berterusan Universiti Malaya dalam memperkasa pendidikan berasaskan pengalaman, memperkukuh budaya inovasi dan menggalakkan penyelidikan yang mampu memberi impak kepada masyarakat serta industri. Festival ini bukan sahaja menjadi medan untuk pelajar mempamerkan hasil pembelajaran dan penyelidikan mereka, malah membuka ruang kepada perkongsian ilmu, kolaborasi strategik serta penerokaan peluang pengkomersialan hasil penyelidikan. Melalui sesi penilaian industri, pembentangan projek, pameran prototaip dan peluang pengambilan pekerja, UM iFEST turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan. Inisiatif ini memberi pendedahan dunia sebenar kepada pelajar serta membantu mereka membina keyakinan profesional sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Sebagai universiti penyelidikan terunggul negara, Universiti Malaya terus komited dalam melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global, memperkasa agenda penyelidikan berimpak tinggi dan memperkukuh hubungan strategik dengan industri bagi menyumbang kepada pembangunan negara berteraskan ilmu, inovasi dan teknologi. Penganjuran UM iFEST 2026 ini juga amat signifikan kerana berlangsung bersempena sambutan ulang tahun ke-121 Universiti Malaya, yang meraikan legasi kecemerlangan institusi ini sejak penubuhannya. Setelah lebih satu abad menjadi peneraju pendidikan tinggi di rantau ini, Universiti Malaya terus mengorak langkah ke hadapan sebagai pusat kecemerlangan ilmu, penyelidikan dan inovasi yang melahirkan generasi pemimpin, profesional dan pencipta masa depan negara. #UniversitiMalaya #UMisOne #UM121

Allen Bradley PLC Programming Sequencer Tutorial. Sequence Control
▶︎

Allen Bradley PLC Programming Sequencer Tutorial. Sequence Control

أذكار الصباح - راحة نفسية لا توصف بصوت القارئ علاء عقل | Morning Athkar - Dzkir Pagi by Alaa Aql
▶︎

أذكار الصباح - راحة نفسية لا توصف بصوت القارئ علاء عقل | Morning Athkar - Dzkir Pagi by Alaa Aql

Most Vibrant Coral Reefs Ever Captured in 8K Dolby Vision™
▶︎

Most Vibrant Coral Reefs Ever Captured in 8K Dolby Vision™

Fall asleep while I build a zoo (Part 2)
▶︎

Fall asleep while I build a zoo (Part 2)

Diploma Project Exhibition (DiPX) 2026
▶︎

Diploma Project Exhibition (DiPX) 2026

God Says:"I JUST CONFIRMED — ONLY YOU CAN SEE THIS LETTER"/God Message Now/God Message
▶︎

God Says:"I JUST CONFIRMED — ONLY YOU CAN SEE THIS LETTER"/God Message Now/God Message

After My Wife Passed Away, My Daughter-in-Law Smiled At The Inheritance Meeting!! | Calm Dad Stories
▶︎

After My Wife Passed Away, My Daughter-in-Law Smiled At The Inheritance Meeting!! | Calm Dad Stories

Harvesting 500+ Chickens from Farm by Horse Carriage to Sell at Village Market
▶︎

Harvesting 500+ Chickens from Farm by Horse Carriage to Sell at Village Market

ASMR o melhor corte de cabelo pra dormir 🌙 roleplay br voz suave
▶︎

ASMR o melhor corte de cabelo pra dormir 🌙 roleplay br voz suave

UM iFEST 2026 - Closing Ceremony
▶︎

UM iFEST 2026 - Closing Ceremony

#ngopenk BERANI BERUBAH DEMI ANAK DAN KELUARGA: PODCAST BERSAMA ERY MAKMUR!
▶︎

#ngopenk BERANI BERUBAH DEMI ANAK DAN KELUARGA: PODCAST BERSAMA ERY MAKMUR!

I Spent 90 Days Building, Cooking and Surviving in the Rainforest: Solo Bushcraft (Full)
▶︎

I Spent 90 Days Building, Cooking and Surviving in the Rainforest: Solo Bushcraft (Full)

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه
▶︎

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه

ASMR Mysterious Growth ❓ CLOSE Medical Exam 👩‍⚕️Professional Doctor Facial Examination
▶︎

ASMR Mysterious Growth ❓ CLOSE Medical Exam 👩‍⚕️Professional Doctor Facial Examination

My Dad Is INSANE At GeoGuessr?!
▶︎

My Dad Is INSANE At GeoGuessr?!

MALAM JUARA JUARA FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2026
▶︎

MALAM JUARA JUARA FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2026

[MJII] Ada apa di MJII?
▶︎

[MJII] Ada apa di MJII?

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه
▶︎

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه

🌸 Flowers Blooming Time-Lapse | Emotional Healing Music for Peaceful Relaxation
▶︎

🌸 Flowers Blooming Time-Lapse | Emotional Healing Music for Peaceful Relaxation

Cooking FREE Malaysian Food For 260 Americans in LA!
▶︎

Cooking FREE Malaysian Food For 260 Americans in LA!