MAJLIS PERSARAAN PUAN ZARANUM BINTI TALKAH, PK PENTADBIRAN SMK TAMAN JASMIN 2

🌹 LAMBAIAN KASIH, TITIPAN MEMORI 🌹 Sekitar Majlis Persaraan Puan Zaranum Binti Talkah yang telah berlangsung dengan penuh rasa syukur, penghargaan dan kenangan indah. Ikuti temu bual eksklusif oleh kru TVPSS yang merakamkan detik-detik istimewa serta perkongsian pengalaman, kenangan dan ucapan daripada warga sekolah sempena majlis yang penuh bermakna. Rakaman ini bukan sekadar dokumentasi, malah menjadi kenangan yang akan terus terpahat sebagai penghargaan kepada insan yang telah banyak menabur bakti. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan sesi temu bual ini. TVPSS Merakam Memori, Menyampaikan Inspirasi. #TVPSS #TemuBual #RakamanSekolah #MediaSekolah #SMKTamanJasmin2 #KreatifInovatifBerinformasi