DENDAM SEORANG MENTUA Episod 36, 37, 38, 39 dan 40 - Sinopsis Drama | Obsesi Haris Semakin Gila!

Sinopsis Drama DENDAM SEORANG MENTUA Episod 36, 37, 38, 39, dan 40 : Pakatan rahsia antara Haris dan Yasmin mencetuskan pelbagai konflik demi memisahkan Sofia dan Karl. Ketika Yasmin bertindak di luar kawalan kerana cemburu, Haris pula semakin tenggelam dalam obsesinya terhadap Sofia. Namun, segala rancangan mereka mula runtuh apabila Karl tampil melindungi Sofia. Di saat Haris kehilangan kawalan dan memaksa Sofia menghadapi perasaannya, satu kejutan muncul apabila dia tiba-tiba tampil dengan pakaian pengantin. Persoalannya, siapakah wanita yang bakal dinikahinya? #megadrama #dendamseorangmentua