Sultan Selangor berkenan rasai pengalaman menaiki tren LRT3
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin 13 Julai berkenan merasai sendiri pengalaman menaiki Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam bagi meninjau keadaan pengangkutan awam terbaharu itu. Keberangkatan baginda yang bermula dari Stesen Bandar Utama dan berakhir di Stesen Johan diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Ketibaan baginda di LRT3 Bandar Utama itu, disambut pihak pengurusan tertinggi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi dan Pembangunan) Dr Prodyut Dutt; Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), Datuk Imran Salim. Perjalanan baginda bermula jam 10.40 pagi dan tiba di stesen terakhir Johan Setia pada jam 11.40 pagi yang mengambil masa selama satu jam merentasi empat daerah iaitu Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin serta Tengku Amir Shah yang berada pada koc paling hadapan sambil meninjau perjalanan yang melalui 20 stesen. Baginda memuji kesabaran rakyat Selangor menunggu LRT3 Laluan Shah Alam ini siap dan boleh digunakan. Baginda juga berkenan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Prasarana dan juga MRCB serta semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pembinaan dan pengoperasian LRT3 berkenaan. Pada masa sama, baginda disembah maklum bahawa sepanjang pelaksanaan projek LRT3, lebih 13,000 individu menyumbang tenaga, kepakaran dan komitmen mereka dalam merealisasikan pembinaan Laluan Shah Alam. Baginda berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas peranan setiap daripada mereka dalam mengubah perancangan bertahun-tahun menjadi sebuah sistem pengangkutan moden harian. Baginda juga berpesan kepada rakyat jelata memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan tren ini yang menjadi pemangkin kepada budaya penggunaan pengangkutan awam yang lebih meluas demi mewujudkan sistem mobiliti yang moden, lestari dan berkualiti untuk masa hadapan. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my

Ibu dah ada ‘mood’, urus kahwin Syed Saddiq dan Bella... “Baru la boleh cari telur”

NASI KANDAR KUDU KL FAMOUS SEBAB APA?

LRT3 Shah Alam Line - Ultimate guide untuk laluan terbaru!

PANDAN MEWAH 'SYURGA' ROHINGYA?

Kita Tak Kerja Keras Sebab Tak Rasa Tertekan

JIM gempur lokasi borong pakaian di Kenanga, tahan 111 warga asing

Buletin TV9, 13 Julai 2026

'Saya akan jumpa Nga Kor Ming, dia kawan saya’ - Zahid Hamidi

Italian PM Meloni’s Awkward NATO Dinner Snub Amid Trump Feud

DAP di persimpangan selepas PRN Johor

Air Mata Bella Astilla Gugur: Terima Kasih Kepada Tunang Saya - Syed Saddiq

BN Tiada Perjanjian Dengan Pas, Mereka Boleh Ubah 'Goal Post' Bila-Bila Masa - Zahid

‘Jangan sembanglah!’ - Akmal cabar Nga hantar surat peletakan jawatan

60-Ton Whale BEGGED For Help! What This Diver Did Next Will Send Chills Down Your Spine..

Kenyataan Biar Berpatutan, Tiap Minggu Kita Jumpa Mesyuarat Jemaah Menteri - Zahid Ulas Kor Ming

Worst Plane Landing Fails Caught on Camera

When Animals Surprise Photographers in the Sweetest Way! 😍

Tharman urges deeper Singapore-Malaysia integration as global trade continues to fracture

