#blessings | Short Film | SM Lok Yuk KK (CF) | Digital Madani Sabah Screen Fest 2023

Kisah mengenai seorang gadis popular di sekolah iaitu Ivyonne yang mempunyai hubungan kurang baik dengan ibu bapanya akibat penggunaan telefon bimbit. Di sekolah, semua orang mengetahui bahawa Ivyonne menaruh hati dengan Izzat. konflik berlaku apabila Ivyonne melihat keakraban Izzat dan Jolin semasa di dalam kelas. Dia berasa cemburu dan marah terhadap Jolin sehingga merancang untuk membalas dendam. Bermulalah kehidupan Jolin yang telah dibuli oleh rakan sekelasnya angkara rancangan Ivyonne dan rakan-rakannya. Setelah Ivyonne memahami kehidupan sebenar Jolin, Ivyonne menyesal dan membuat keputusan untuk membantu Jolin. Apakah sebenarnya menjadi punca perubahan Ivyonne terhadap Jolin? dan bagaimanakah hubungan Ivyonne dengan ibu bapanya?