CME HRPZ II 11 JUN 2026

Tajuk: Bridging the Gap: Menyulam Jaringan Sokongan Kesihatan Mental antara Fasiliti Primer, Komuniti dan Hospital Kesihatan mental memerlukan pendekatan yang berterusan dan saling melengkapi merentasi hospital, fasiliti kesihatan primer dan komuniti. Jaringan sokongan yang kukuh antara ketiga-tiga komponen ini penting bagi memastikan pengesanan awal, rawatan, rehabilitasi dan sokongan psikososial dapat diberikan secara menyeluruh kepada individu yang memerlukan. Sesi ini akan berkongsi peranan fasiliti primer dan komuniti dalam memperkukuhkan kesinambungan penjagaan kesihatan mental serta kolaborasi bersama hospital. Learning Points: 🟢 Memahami peranan fasiliti kesihatan primer, komuniti dan hospital dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan mental yang bersepadu. 🟢 Mengenal pasti kepentingan kolaborasi dan kesinambungan penjagaan dalam membina jaringan sokongan kesihatan mental yang berkesan. Penceramah: Dr Erwan Ershad Ahmad Khan Pakar Perubatan Kesihatan Awam UD14 Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kesihatan Mental KCEMH, Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan