KEHILANGAN JASLINDA MASIH JADI MISTERI‼️ RAKAMAN KAMERA JADI PETUNJUK BARU
KEHILANGAN JASLINDA MASIH JADI MISTERI Hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng menyaksikan perkembangan positif apabila kelibat mangsa dirakam kamera pengawasan hidupan liar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, penemuan itu diperoleh hasil penelitian kandungan dua cip kad memori kamera pengawasan yang diambil pasukan penyelamat pada Sabtu. Menurutnya, rakaman kamera pengawasan hidupan liar di sekitar Gunung Batu Putih itu mengesahkan Jaslinda melalui laluan menuju Kem Sukaneka ketika melakukan pendakian pada 24 Mei lalu. Dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan berjaya diambil pada jam 10.15 pagi dan pasukan terbabit dibawa turun semula menggunakan pesawat AW139 pada jam 1.15 tengah hari. Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei lalu Sayani berkata, rakaman itu turut menunjukkan lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (STORM) serta seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui lokasi sama pada jam 5.15 petang, 25 Mei lalu. Katanya, tiada rakaman menunjukkan Jaslinda berpatah balik melalui laluan berkenaan manakala Kamera 2 pula tidak merakam sebarang imej mangsa atau pasukan penyelamat yang melalui laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei. Terdapat dua lagi persimpangan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka dan laluan ke kawasan water point. Laluan ke water point pula telah dihalang dengan kayu sebagai penanda bahawa ia bukan trek pendakian Menurut beliau, rakaman Kamera 1 menguatkan lagi dapatan awal pasukan penyelamat yang menemui jejak tapak kasut serta botol air dipercayai milik mangsa di laluan menuju Kem Sukaneka. Dalam perkembangan sama, Sayani memaklumkan seorang anggota pasukan penyelamat dari JBPM mengalami kecederaan pada bahagian paha, lutut dan buku lali ketika menjalankan operasi pencarian sejak Jumaat. Beliau berkata, anggota berkenaan melakukan pencarian dari Kem Kantoi ke alur air menuju Sungai Busok sebelum menyusuri sungai itu sejauh kira-kira satu kilometer namun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu. Jelasnya, anggota yang cedera bersama tiga lagi penyelamat lain kemudian dibawa keluar dari kawasan tersebut menggunakan pesawat AW139 melalui teknik winching. Menurut Sayani, seramai 42 anggota penyelamat masih berada di lokasi dan meneruskan operasi yang melibatkan JBPM, Jabatan Perhutanan, Perhilitan, MGP serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

RAMAI TERSENTUH! ORANG ASLI JANJI TAK AKAN BERHENTI CARI JASLINDA

JASLINDA : Kisah penuh di sebalik kes kehilangan Jaslinda

"10 tahun pengalaman mendaki" | JASLINDA HILANG - BANYAK PETUNJUK SUDAH DITEMUI

Tersesat 19 hari di Gunung Tahan, Nur Maisarah hampir mati lemas

SUARA MISTERI: KRONOLOGI LENGKAP TRAGEDI NUR IZZATI HUMAIRA DI BUKIT CHANGKAT ASA

Aku Terkejut Tengok Cara Hidup Orang Kampung Terpencil Timor Leste! | Baucau

"Disorok Bunian“ - MISTERI KEHILANGAN ACAP SEMASA LARIAN GOPENG ULTRA TRAIL

Sherpa missing for week survives on Everest without food or oxygen

TULAR VIDEO PERKONGSIAN SITUASI SEMASA OPERASI SAR JASLINDA DIJALANKAN

"Ini tempat aku!" | HILANG DI BUKIT CHANGKAT ASA - IZZATI SUDAH MENINGGAL DUNIA

Pencarian Jaslinda Antara Operasi SAR Paling Mencabar (B9)

KE MANA PERGINYA JASLINDA HINGGA SAAT INI??

OPERASI SAR JASLINDA BERDEPAN PELBAGAI RISIKO TERMASUK ANCAMAN HIDUPAN LIAR

Explore with J Eps170 - Gunung Batu Putih (G8), Tapah, Perak

INSIDEN PENDAKI HILANG | Pencarian Jaslinda Libat Khidmat Orang Asli Setempat Mulai Esok (BU)

Dia Pasang CCTV Nak Tangkap Pencuri… Tapi Rakaman Itu Tunjuk Benda Lain | Krasue | Kisah Benar

JASLINDA DITELAN BELANTARA | BERAPA LAMA PASUKAN PENCARI DAPAT BERTAHAN

5 KES REMAJA DISOROK BUNIAN PALING SERAM DI MALAYSIA

7 hari hilang di bukit Broga || BAGAIMANA AZARUL DAPAT MELOLOSKAN DIRI SEHINGGA DIJUMPAI

