Lagenda Sape Kayu Adau & Saga Leto Ngorek

#PSP2021 Persembahan sketsa dan tarian Saga bersempena program Pentas Seni PUSAK 2021 anjuran Persatuan Anak Seni Sape Kuching dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak (MSS), Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan HAUS Kuching. Sketsa yang dipersembahkan oleh bakat Kelab Seni Budaya Pekak Sarawak (Abdul Shafig, Alldric Ali dan Jenny Liew) bertajuk "Lagenda Sape Kayu Adau" ini menceritakan kisah lagenda oleh Mathew Ngau Jau tentang kayu Adau menjadi kayu pilihan untuk membuat Sape di kalangan masyarakat Orang Ulu, diakhiri dengan tarian Saga Leto Ngorek iaitu tarian solo wanita oleh Elizabeth Bungan diiringi alunan Sape oleh Mathew Ngau Jau dan William Dharmawan.