May - Ku Dalam Dilema
Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak pertengahan dekad 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu. Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar). Kumpulan May telah menyertai pertandingan Battle Of The Band pada tahun 1987 dan mendapat tempat ketiga, malah Mus berjaya meraih hadiah Vokal Terbaik pada pertandingan itu. Kejayaan tersebut menarik perhatian syarikat rakaman Warnada Records untuk menawarkan kontrak rakaman kepada kumpulan ini. Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1988 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'. Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1989. Berbeza dengan kebanyakan kumpulan rock tempatan yang lain, May hanya mengalami pertukaran vokalis sebanyak dua kali sepanjang karier muzik mereka manakala keanggotaan pemuzik dalam kumpulan ini tidak pernah berubah. Tiga vokalis May, Yantzen, Mus dan Oney Anggota asal 1. Mus (Mustaffa Din, lahir 10 Mei 1968) - Vokal (1986 - 1991), (2002 - sekarang) 2. Man (Mohamad Saarip bin Yaakob, lahir 1965) - Drum 3. Abu (Mohd Nassier bin Yusof, lahir 12 Januari 1967) - Gitar 4. Yus (Mohd Mohtar bin Mohd Madin, lahir 1965) - Bass Bekas vokalis 1. Yantzen (Yantzen Juniwan, lahir 2 Disember 1958) bekas vokalis Rusty Blade (1992 - 1996) 2. Oney (Mohd Redzuan Aziz, lahir 4 November 1972) bekas vokalis Lipan Bara (1997 - 2002)

MAY - Ku Dalam Dilema | Live & Unplugged at Planet Hollywood '05'

Legenda Slow Rock Malaysia 📻 Kompilasi Rock Kapak 80an 90an Terbaik

Penghuni Kota

MAY - Sketsa Sebuah Cinta

May - Meniti Suratan (Lyric Video) | Best Audio | 4k

XPDC – Darjah Satu (Full Album) | Classic Malay Rock & Hard Rock 90s

Koleksi Album Lagu-Lagu Terbaik May 90An || lagu slow rock malaysia terbaik || Ku Dalam Dilema

May - Tiada Lagi Berseri (Official Music Video)
![AWIE - Ukiran Jiwa [Album AWIE] (1994) | [Album OST SEMBILU II] (1995)](https://i.ytimg.com/vi/7E-W9SF6Sdc/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwE9CNACELwBSFryq4qpAy8IARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAHwAQH4Ab4HgALQBYoCDAgAEAEYZSBLKEEwDw==&rs=AOn4CLA8clP2XAWnVt0ddJDudSwakOWxVQ)
AWIE - Ukiran Jiwa [Album AWIE] (1994) | [Album OST SEMBILU II] (1995)

Lagu Jiwang Slow Rock Legend 80an Dan 90an

MAY - Gadis Bertudung Putih

MAY - Sketsa Sebuah Cinta | Live & Unplugged at Planet Hollywood '05'

Koleksi Lagu Jiwang 80-90an Terbaik - Lagu Slow Rock Malaysia Ni Penuh Memori - Lagu Jiwang 90an

Hanya Dalam Lagu

Mai Pen Rai

Mentari Merah Di Ufuk Timur (Album Version)

Taman Rashidah Utama

Lefthanded - Debunga Wangi

