KEMBARA TASIK KENYIR Episode 1 of 2 - GUA BEWAH

Teknologi penjanaan hidro elektrik yg menjadi asbab pembinaan Empangan Kenyir. 9 kampung, rimba dan gua berubah menjadi tasik buatan terbesar. Kembara ini adalah dalam misi menjelajah Gua Bewah. Gua Bewah pernah menjadi tempat pemukiman manusia zaman Mesolitik dahulu. Rangka tulang manusia ditemui di pintu gua ini pada 6 Februari 2010. Ianya dikenali sbg Bewah Man. Kajian DNA terkini mengesahkan bahawa ianya adalah rangka wanita. Kajian Saintis juga mengesahkan tulang belulang itu berusia 16,000 tahun semasa dijumpai iaitu 5,000 tahun lebih tua daripada 'Perak Man’ yg berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1991 di Lenggong, Perak. So, kita sudah lengkap ada 'Perak Man' dan 'Bewah Lady'. Selain Gua Bewah ada 2 lagi gua iaitu Gua Batu Tok Bidan (GBTB) dan Gua Taat. GBTB tenggelam di dasar tasik untuk pembinaan empangan hidro manakala Gua Taat pada ketika saya datang ini pun tenggelam juga. Bulan March ke Oktober barulah boleh masuk Gua Taat ketika aras air Tasik Kenyir berkurang. Apa yg ada di dalam Gua Bewah? Tipikal profil gua iaitu stalactite, stalagmite, stone column, hablur kristal, labah2, ular, kelawar dan tahi kelawar. Sesungguhnya pemandangan sekeliling tasik di dalam Taman Negara Terengganu ini cantik dan comel2 belake. Sangat puas melihat panorama alam sepanjang menaiki bot laju dari jeti Pengkalan Gawi ke Jeti Gua Bewah.