PERLETAKAN JAWATAN - HUSNI NAFI ADA PERSELISIHAN FAHAM DENGAN PM [7 JULAI 2016]

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menafikan perletakan jawatanya berpunca daripada perselisihan fahamnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebaliknya beliau berkata, keputusannya itu dibuat kerana merasakan telah sampai waktu untuk beliau bersara dan enggan ditukarkan ke kementerian lain.