Takbir Raya & Perutusan Aidilfitri MTHKJ 1444H
🌙 PERUTUSAN AIDILFITRI MASJID TABUNG HAJI KELANA JAYA 1444H/2023M عَنْ أَبِي أُمَامَةَ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. Daripada Abi Umamah daripada Nabi saw, ia bersabda: "Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) ikhlas kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati." -H.R. Ibnu Majah Umat Islam disyariatkan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Hari Raya Aidilfitri adalah bertujuan untuk meraikan kemenangan kita yang telah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Madrasah Ramadan yang penuh keberkatan telah mendidik kita untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah SWT. Syukur Alhamdulillah Aidilfitri pada tahun ini bakal disambut dengan penuh meriah. Antara amalan-amalan sunat yang digalakkan ketika menyambut Aidilfitri ialah: 1) Menghidupkan malam raya dengan alunan takbir memuji kebesaran Allah SWT: الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر الله أكبر و لله الحمد 2) Mandi sunat pada pagi Aidilfitri 3) Memakai haruman bagi lelaki, manakala wanita tidak disunatkan bagi mengelakkan fitnah. 4) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Dari Anas R.A: “Pada hari raya Rasulullah SAW tidak keluar untuk melaksanakan solat Aidilfitri hinggalah beliau makan beberapa biji tamar terlebih dahulu”. [HR. Bukhari] 5) Melalui jalan yang berbeza ketika menuju ke masjid dan pulang dari masjid. 6) Melaksanakan tuntutan zakat fitrah. 7) Menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengeratkan ukhwah. Akhir kata, didoakan semoga Aidilfitri pada tahun ini membawa seribu erti kepada kita semua dan semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT. تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ *SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN* Berhati-hati memandu untuk pulang ke kampung halaman. 🕌 Muslimin & Muslimat dijemput Hadir menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya pada 01 Syawal 1444H bersamaan 22 April 2023 jam 8.30 pagi. Jamuan turut disediakan. ✨MENSYUKURI NIKMAT DI HARI YANG MULIA Tulus Ikhlas Daripada: NAZIR, PEGAWAI & SELURUH AHLI JAWATANKUASA MASJID TABUNG HAJI KELANA JAYA

Takbir Raya 1 Syawal

AIDILFITRI | Takbir Raya Pejabat Perdana Menteri

GEMA TAKBIR AIDILFITRI MASJID AL MUHTADIN SIK DALAM | 2021 1442H

Murottal Pagi Pembuka Rezeki | Surah Al Waqiah,Yasin,Ar Rahman,Al Mulk | murottal alquran merdu

LELAKI KALAU SIDAI PAKAIAN ?!

The Great Marvel of Hosseiniyeh Moalla; The Afghan Eulogist's Performance That Brought Tears to E...

Takbir Raya Aidiladha 1444H oleh Yayasan Selangor (YS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Takbir Raya Surau Rentak Perdana (2023)
![[LANGSUNG] Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Putra Presint 1 | 29 Jun 2023](https://i.ytimg.com/vi/5fkdKsIOLK8/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwE9CNACELwBSFryq4qpAy8IARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAHwAQH4Af4JgALQBYoCDAgAEAEYZSBbKFswDw==&rs=AOn4CLBY2uBHC69N0OsF64IkEpUAbY8ptg)
[LANGSUNG] Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Putra Presint 1 | 29 Jun 2023

Takbir Raya Sekolah Rendah Ibn Khaldun

🔴 TAKBIR RAYA AIDILFITRI 1443H DI MASJID AL-HASANAH

Quran recitation in a peaceful voice I Alfatiha, Yasin, AlWaqiah, Arrahman, -By Alaa Aqel

Takbir Raya Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Muda Perbadanan Putrajaya 2022

Hijrah: Menemukan Tuhan di Tengah Kekusutan Hidup | Ustaz Azlan Shah NK

Takbir Raya

AL MATHURAT, ZIKIR PAGI PETANG & DOA PEMBUKA REZEKI

Takbir Raya Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya

TAKBIR RAYA SK SERI ANGGERIK 2025

Takbir Raya Masjid As Salam Puchong Perdana

