SENI BUDAYA DIGITAL : ‘SILAT LIAN - BUAH PUKUL MERSING’

SENI BUDAYA DIGITAL : ‘SILAT LIAN - BUAH PUKUL MERSING’ Salah satu seni pertahankan diri yang terdapat di daerah Mersing Johor adalah seni “Silat Lian” . Silat Lian juga dikenali dengan nama “Buah Pukul Mersing” atau “Gayang lima”. Perguruan ini pernah juga di namakan “Lian Padukan” kerana ianya pernah diajar kepada Almarhum Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar berserta tentera-tenteranya. Seni silat ini dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh perdagang Arab dari Yunan yang bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada abad ke 18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran buah pukul. Kini seni Silat Gayang Lima masih ada generasi penerusnya yang bernama En Sulieman Bin Ariffin, juga dikenali dengan panggilan Pak Mat Samurai dan masih aktif dalam seni silat di Daerah Mersing sehingga kini. Terbitan : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Johor #jkkn #mysenibudaya #motac #senibudayadigital