RUQYAH YANG DAPAT MERAWAT MENYAKIT STROKE ,LUMPUH, ANGIN AHMAR
Tentang Strok Strok atau yang dikenali dalam sebutan medik Cerebrovascular Accident (CVA) terjadi ketika pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah. Ketika ini terjadi, darah gagal mengalir ke bahagian otak yang merupakan penyalur oksigen dan nutrius ke tubuh. Akibatnya, sel otak dan saraf akan mati dan kemampuan yang dikendalikan oleh bahagian otak menjadi hilang. Pesakit strok boleh menjadi lumpuh, tidak mampu bercakap, dan mengalami koma. Bergantung di mana strok terjadi dan berapa banyak daerah otak yang rosak. Cara-cara rawatannya: Sebelum memulakan bacaan: 1. Shalawat Nabi (10x). 2. Al-Fatihah (1x). 3. Ayatul Kursi (1x). 4. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30 (11x). Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30. Maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap pagi. Sapu air pada bahagian anggota yang kena strok. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya. DOA UNTUK RAWATAN LUMPUH DAN STROK (SURAH AL-ANBIYA: 30) Maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah: 1. Bersenam atau beriadah. 2. Mengawal pengambilan makanan. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) . Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit. 3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 4. Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi SAW mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga para saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis kimia percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

رقية البيت | سورة الفاتحة البقرة الكهف يس الواقعة الرحمن الملك الصافات الدخان الجن الزلزلة الاخلاص,

الرقية الشرعية أجمل صوت هادئ (للعين والحسد والسحر ) للدكتور محمد بن يوسف الجوراني العسقلاني

Doa Angin Ahmar (Audio & Text)

رقية البيت | سورة الفاتحة البقرة الكهف يس الواقعة الرحمن الملك الصافات الدخان الجن الزلزلة الاخلاص,

رقية البيت | سورة الفاتحة البقرة الكهف يس الواقعة الرحمن الملك الصافات الدخان الجن الزلزلة الاخلاص,

RUQYAH KELUARKAN ANGIN DUDUK - TUBUH LEMAS, KEMBUNG, PEGAL - الرقية الشرعية

Hilangkan Stress - Zikir Penenang Hati & Mengalirkan Air Mata

Surah al-Ikhlas 1000x | Tercapai Setiap Hajat | Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana | Jom Hafal

Cleanse Your Home: Surah Al-Jinn | Remove Negative Energy & Devils

Powerful Quran for Body healing and Energy cleansing | Noor Healing

The Golden Daily Routine 90% of Muslims are Missing || Ustadh Muhammad Tim Humble

سورة يس والرحمن والواقعة والملك | للرزق والشفاء العاجل | الشيخ المنشاوي جودة عالية HD

RUQYAH-RUKJE - Surah Jinn 100x Maher al Muaiqly

Doa Mencegah , Merawat Angin Ahmar - Rihul Ahmar - Penyakit Stroke - Lumpuh

Most Powerful Shariah Ruqyah for Treating Back, Joint, Bone, and Knee Pain | Holy Quran

Рукия Шариатские полный лечение суставов , костей , коленного сустава

AYAT RUQYAH GATAL-GATAL, PANAS, TERASA PERIH PADA TUBUH

Stress Relief Dhikr 🌿 Calm Your Heart & Heal Your Soul

RUQYAH PENYAKIT ASMA, SESAK NAFAS, TBC, BATUK KRONIS - IKHTIAR KESEMBUHAN DENGAN AYAT QURAN

