BIODATA DAN PENCAPAIAN KETUA MENTERI SARAWAK YANG BAHARU- ABANG JOHARI TUN OPENG [13 JAN 2017]

Dilahirkan di Limbang pada 4 Ogos 1950... Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ialah anak kepada Yang di Pertua Negeri Sarawak pertama, Tun Datuk Abang Haji Openg Abang Shapiee. Kini berusia 67 tahun, Datuk Amar Abang Johari ialah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB. Merupakan anak Melayu kedua yang dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas Allahyarham Tan Sri Adenan Satem... Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, seorang yang mudah didekati semua. Malah keterbukaannya menjadikan beliau calon paling berkaliber dalam usaha menyambung legasi Allahyarham Tan Sri Adenan.