Program PESKA 2026 (Pagoh Environmental Sustainability: Komuniti Prihatin Alam)

Alhamdulillah, Program PESKA 2026 (Pagoh Environmental Sustainability: Komuniti Prihatin Alam) yang dianjurkan oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM bersama SWM Environment telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 22hb June 2026 di Shared Facility Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 150 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar bersama 10 orang guru pengiring, serta penyertaan 100 orang pelajar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini berjaya mencapai objektif utama dalam pemindahan ilmu dan peningkatan kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya, kelestarian alam sekitar, serta aspek inovasi dan ekonomi. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, berpengetahuan dan berdaya saing. #UTHM #FTK #SULAM #UTHMPrihatin #SWMEnvironment