Krisis Hormuz buat harga barang melonjak

Kejutan tenaga yang sedang melanda Malaysia ketika ini berbeza daripada krisis sebelum ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan hasil minyak, malah turut memberi kesan kepada bekalan penting seperti baja dan plastik. Kesan rantaian susulan sekatan di Selat Hormuz kini mula dirasai dalam sektor pembungkusan, pertanian dan kos makanan, sekali gus mendedahkan kelemahan yang tidak mampu ditangani melalui subsidi semata-mata. Bagi memahami tekanan ini dengan lebih mendalam, penyelidik dan penganalisis dasar di South-East Asian Futures Initiative Centre (SEAFIC), Dr Mikhail Rosli, menjelaskan bagaimana peranan Malaysia sebagai hab penapisan minyak, risiko tersembunyi dalam rantaian bekalan serta pertimbangan fiskal mempengaruhi daya tahan negara. Pandangannya menjelaskan mengapa isi rumah dan perniagaan turut merasai tempias kejutan secara tidak langsung, selain mengapa pilihan dasar lebih penting berbanding penyelesaian jangka pendek. Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu Malaysia. Menyampaikan berita nasional, global yang terkini dan sahih. Berita terkini: https://www.sinarharian.com.my/ Facebook:   / sinarharian   Twitter:   / sinaronline   Instagram:   / sinarharian   Tiktok:   / sinarharianon.  . Telegram: https://t.me/SinarHarianOfficial YouTube:    / sinarhariantv   Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.