ICCP@2024-Pertandingan Filem Pendek Creative [PELUANG]

Video pendek ini menceritakan tentang seorang pelajar yang ingin menghapuskan keburukan dunia dengan membuktikannya tanpa penggunaan jawatan atau kuasa. Amir merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Gadut yang baru selesai UPSR dan ingin menunjukkan pencapaian beliau kepada bapanya, malah bapanya meninggal pada hari yang sama akibat kancer darah yang tidak dapat dirawat, setelah beliau berpindah ke rumah ibunya, ibunya menghantar beliau ke sekolah asrama iaitu Sekolah Menengah Sains Sungai Gadut dimana Amir melihat kes buli amat drastik dan berleluasa. Setelah Amir diselamatkan dari situasi dibuli oleh seorang pelajar yang merupakan senior di sekolah tersebut, Amir mengambil iktibar dan ingin mencegah buli seperti pelajr tersebut dan akhirnya Amir telah berjaya meneruskan hidupnya di sekolah asrama tersebut sehingga menerima Anugerah Tokoh Terbaik atas sumbangan beliau kepada sekolah dengan membantu mengurangkan kadar kes buli secara drastik di sekolah beliau.