Apam jagung tanpa telur resepi. Sedap dari apam yang lain.
Apam jagung tanpa telur. Resepi apam jagung yang mudah dan sedap. Hi semua, kali ini MALAY kitchen nak kongsi resepi menarik iaitu apam jagung. Resepi ini tanpa menggunakan telur tetapi tetap menghasilkan apam yang lembut, ringan dan gebu. Selain cantik berongga , rasanya juga sedap lengkap dengan lemak, manis bersama jagung. Boleh share resepi apam jagung yang ringkas dan mudah ni dengan kawan-kawan ya. Bahan bahan Apam Jagung 0:00 Resepi apam jagung 0:20 Cara buat apam jagung 3:00 Hasilnya Apam Jagung yang sangat Sedap. 1 cawan jagung tin 1 cawan air suam 1 cawan santan pekat 3/4 cawan gula 2 sudu kecil yis 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil pewarna makanan kuning 1 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras Sedikit garam Cara-cara : 1. Masukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus. 2. Tuang ke dalam bekas, dan biarkan ia kembang lebih kurang 2 jam. 3. Tuang adunan ke dalam loyang atau lompang. (Sapu dahulu dengan minyak masak supaya senang apam dikeluarkan nanti selepas masak). 4. Kukus selama 15minit. 5. Hasilnya apam jagung yang cantik kekuningan, ringan dan gebu. Boleh juga dihidangkan bersama kelapa parut bergaram. Resepi ini boleh menghasilkan 25 biji apam jika menggunakan acuan kuih lompang. Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami : / malaykitchen Laman web rasmi MALAY kitchen: https://malaykitchen.my Telegram MALAY kitchen: https://t.me/malaykitchen Tiktok MALAY kitchen : / malaykitchen Muzik oleh : Ikson / ikson #resepi #resepimudah #kuihmelayu

Resepi Apam Jagung Kukus Gebu Tanpa Telur | Mudah & Sedap!

Apam JAGUNG🌽-hasil yg perfect!#apam #jagung #kuih #kuihmuih #resepi #viral

Apam tokyo atau kuih seri manja lembut berongga. mudah dengan sukatan cawan

MEE GORENG, sangat sedap 👌

Kaswi Gula Merah Sukatan cawan

CEO bersifat dingin bercinta sama gadis bisu 2 tahun, tak tahu dialah ponakan menantu masa depannya

Kek kukus hanya 3 bahan

Kuih Seri Muka Pandan Tanpa Telur | Sukatan Cawan Dan Tips Permukaan Licin | Malaysian Favourite

apam solo inti kelapa | lembut dan sedap guna blender je

KUIH APAM SUSU KUKUS TERLAJAK MUDAH

APAM PANDAN 🌿PALING SIMPLE, LEMBUT & WANGI AROMA PANDAN ASLI

MUSIM SURAM ARTIS- ADA DIPOTONG JARI, STROK & DIUJI HIDUP SUSAH

Apam Nasi Guna Blender Sukatan Cawan

cara buat apam jagung manis by kak nur @tip gebu hanya guna blender

Cara membuat puding kastard jagung menggunakan sukatan tin | mudah sangat | 3 bahan sahaja

Kuih Talam Pandan - Lembut & Manis Berlemak, sukatan cawan ✅

Apam Pisang Kukus, gebu sangat tambah 1 bahan penting!

apam coklat kukus mudah | gebu gebas tanpa mixer

Resepi Apam Jagung Kukus Gebu Tanpa Telur | Sweet Corn Apam Recipe

