Hari Pesta Ria SK Batu Berendam 2026

Alhamdulillah, program Pesta Ria Sekolah Kebangsaan Batu Berendam pada 11 April 2026 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang meriah dan penuh keceriaan. Pelbagai aktiviti menarik serta gerai jualan berjaya menarik perhatian dan mendapat sambutan hangat daripada warga sekolah dan para pengunjung. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. #PestaRiaSekolah #SKBatuBerendam #Kebersamaan #KreditKomuniti