Cerita Agropreneur Kita . Ep.5: “Pesara Tentera Penternak Kambing Berjaya”
Minat mendalam terhadap bidang pertanian sentiasa mekar di hati Encik Mohd Yusoff Bin Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Pak Usop dalam kalangan penduduk setempat. Selepas menamatkan perkhidmatannya bersama Angkatan Tentera Malaysia, Pak Usop tidak pernah mensia-siakan kesempatan yang ada untuk meneruskan projek ternakan kambingnya di Kampung Telaga Ara, Gunung, Bachok, Kelantan. Di saat menjejakkan kaki ke sini, pengunjung pasti teruja dan kagum dengan keindahan kawasan ternakan kambing Pak Usop yang dijaga cukup rapi. Bukan sahaja menjaga kambing-kambingnya bagai menatang minyak yang penuh, Pak Usop amat menitik beratkan aspek kebersihan di mana kandang kambingnya sentiasa dicuci setiap hari. Dengan keadaan kambing-kambing yang dibela cukup cantik, sihat dan berkualiti, nama MYDM Agro Farm milik Pak Usop mula meniti di bibir penggemar haiwan ini bukan sahaja di Kelantan malah dari luar negeri Che Siti Wan Kembang ini. Memfokuskan ternakan kambing dari baka Boer dan Kalahari, sikap mesra Pak Usop menjadi antara sebab utama pelanggan sering kembali kepadanya. Melakukan urusan jual beli kambing sewaktu bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu bukan mudah. Tetapi bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Pak Usop memasang strategi untuk terus melangkah biarpun berdepan cabaran. Beliau berhasrat mahu membesarkan lagi ternakan kambingnya. Sifat disiplin yang telah dilatih sejak zaman pekerjaan membolehkan usahawan berusia 45 tahun ini terus menempa nama di Kelantan seiring visi dan misi beliau untuk bergelar usahawan berjaya. Saksikan kisah penuh inspirasi Pak Usop, pemilik MYDM Agro Farm dalam Cerita Agropreneur Kita.

Cerita Agropreneur Kita . Ep.6: “Penternak Lembu Terengganu Guna Kaedah COD Jual Daging Musim PKP”

Usahawan Ternakan Kambing Berjaya

Cara Potong Seekor Lembu & Bahagian-Bahagian Daging di Colla Meat House

TERNAKAN | Kambing Baka Boer Hasilkan Pendapatan Lumayan

Pernah Hampir Muflis, Kini Bangkit Ternak Biri-Biri Hingga Berjaya!

USAHAWAN BERJAYA PERAK SADC 2026 - ERAWISH AGROFRAM

Cerita Agropreneur Kita . Ep.1: “Poji’s Tempe” - Dari Rumah Ke Kilang Sendiri

Tanaman Napier menguntungkan, APA? Ramai telah bertalaqi sama Pak Fesal...!

Incredible Safari Moments Caught on Camera

REVIEW KANDANG KAMBING ISTIMEWA DI MALAYSIA

ISU ROHINGYA - Patutlah Ramai Ahli Politik Senyap

"PAS BULI BERSATU" ! HAMZAH & PAS DIMALUKAN DALAM DEWAN RAKYAT !

Pemakanan Ternakan Kambing Untuk Penternak Baru yang Belajar

Pembuatan Kandang Kambing Spek Breeding || Breeding Goat Cage

Ikon Agro: Impian besar untuk empayar ternakan

Kenali Jenis-jenis Kambing di Malaysia

The Cheapest House in 10 Days. Full Construction Process

Dua Cara atau Teknik potong @ tebang rumput napier dengan betul

Kebun kerap Diserang Gajah, Kesabaran Ini Patut Kita Contohi | Ilham Farm Kluang Johor

