SOLUSI UMRAH EPS 6 : AMALAN SYIRIK JEMAAH UMRAH & HAJI

Podcast "Amalan Syirik Jemaah Haji & Umrah" kembali menjemput Al-Fadhil Ustaz Khairul Che Salleh untuk memberikan pencerahan mengenai amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW dalam melaksanakan ibadah haji dan umrah. Dalam episod kali ini, Ustaz Khairul memberikan penjelasan terperinci untuk memastikan kita sebagai jemaah umrah dan haji tidak terlibat dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak, baik sebelum, semasa, mahupun selepas menunaikan ibadah tersebut. Melalui penerangan beliau, kita diingatkan untuk menjaga kesucian ibadah haji dan umrah dengan menghindari amalan syirik dan memastikan segala amalan kita berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Timestamp : 00:00 Intro / Isu Di Palestin 09:15 Menduakan Allah Tanpa Sedar 29:16 Apa Itu Syirik? 53:35 Adat Yang Bertentangan Syariat 1:22:06 Amanahkan Wasiat Sebelum Pergi Menunaikan Umrah 1:33:00 Ending