Ep 76 | Syahadah; Nak orang masuk Islam tapi 'follow up' ke laut!
Audio siar Lebih Masa Episod 76 kembali dengan sebuah perbualan yang penuh makna tentang perjalanan hidayah, cabaran istiqamah serta pendekatan dakwah dalam dunia moden. Dalam episod kali ini, Lebih Masa menampilkan tetamu undangan khas, Ustaz Syafiq Liow, seorang penceramah dan penerbit kandungan Mandarin di Jakim. Episod ini turut membuka tirai dengan perkongsian peribadi Fiona Cheong tentang pengalaman memeluk Islam serta perjalanan mencari bimbingan dalam memahami agama yang kini dianuti oleh hampir dua bilion manusia di seluruh dunia. Daripada kisah hidayah tersebut, perbualan ini membawa pendengar mengenali lebih dekat latar belakang Ustaz Syafiq Liow — daripada detik awal beliau mengenali Islam, pengalaman mengucap syahadah, sehinggalah perjalanan menuntut ilmu dalam Pengajian Islam dan akhirnya memilih untuk berkecimpung dalam dunia dakwah, khususnya dalam membimbing saudara baru mengenali Islam dengan lebih mendalam. Perbincangan turut menyentuh realiti yang dihadapi mualaf pada masa kini, termasuk cabaran mengekalkan istiqamah, penerimaan keluarga dan masyarakat, serta tekanan dunia digital yang sering dipenuhi stereotaip dan persepsi negatif. Ustaz Syafiq turut berkongsi pengalaman membimbing mualaf, kisah-kisah yang memberi kesan sepanjang perjalanan dakwahnya, serta pandangan tentang bagaimana Islam boleh disampaikan dengan pendekatan yang lebih lembut, inklusif dan relevan kepada generasi muda hari ini. Episod ini juga mengangkat persoalan lebih luas tentang peranan media sosial dalam dakwah, cabaran menyantuni masyarakat yang semakin skeptikal, serta bagaimana umat Islam boleh menampilkan keindahan akhlak Islam tanpa perlu memaksa atau menghukum. Melalui pengalaman peribadi dan refleksi yang jujur, perbualan ini membuka ruang untuk memahami perjalanan iman dari perspektif yang lebih manusiawi. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perbualan penuh makna ini dalam Lebih Masa Episod 76, yang akan bersiaran pada Khamis, 12 Mac, jam 9:30 malam di semua platform rasmi Lebih Masa. 00:00 Intro 01:00 Perjalanan Fiona dalam Islam 06:08 Mengenali Ustaz Syafiq Liow 25:26 Penerimaan keluarga 33:33 Berdakwah 45:34 Hak berdakwah seorang mualaf 55:32 Pengalaman yang menyayat hati 01:04:26 Jangan malas belajar 01:07:21 Konten Islamik dari non-muslim 01:13:17 Cabaran untuk mualaf 01:19:03 Rapid Fire Hos: Nani Roslan: @naniroslan Fiona Cheong: / itufiona Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di [email protected] Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUKAMERA: Mamathusin & Alyf Firdaus JURUTEKNIK: Chandra Arjun MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon #lebihmasa #reverttoislam #naniroslan #fionacheong #ustazsyafiqliow

Melayu Kawin Awek Cina: Macam Mana Nak Bimbing Pasangan Mualaf? | Syafiq Apandi

Emy Dahlia : Alhamdulillah! Bukan mudah nak anggap Ujian Berat sebagai Nikmat | AIDIDITMYWAY EP85

EP 25 | 'Pelawak jadi ahli politik?!'

Derita Didera Ketika Muda-Remaja, Islam Selamatkan Gadis Cina Ini. Mesej Penting Untuk Ummah!

Ep 56 | Dah tak ada parti lain ke sampai pilih DAP?

“Syurga Dan Neraka, Simbolik Atau Benar“ - Majlis Ep 3

Cahaya Fitrah Eps 6 : Penganut Hindu Anti Islam, Didatangi Lelaki Jubah Putih

Diancam Dibakar Karena Masuk Islam, Kisah Mualaf Novi Ini Bikin Merinding

WHO Tolak Perubatan Melayu Lama, Tapi Banyak Fakta Sains Dibuktikan - Ustaz Muhammad Al Amin

Ep 84 | Syed Saddiq: Antara cinta dan pengkhianatan politik

"Nak Masuk Islam Masuk Sendiri la, Menyusahkan Orang" - Farid Amirul

Ep 72 | Dari Padang Bola, Penulis Lirik Lagu, Salesman ke Mufti

Rahsia Lapisan Hati.

EP05 | Politiktok!

Titik tolak perubahan Zila Bakarin - Episod 04 Musim ke-4

Dari Penulis Alfu Sanatin III

EP 39 - Kau Cerai Aku Dan Kahwin Dengan Adik Aku?!

Nabil : Bermula dgn ILMU, berakhir dengan SESAT | AIDIDITMYWAY EP80 Part 1

Apa Berlaku Semasa Pemakaman Ayatollah Khamenei? - Cikgu Azmi MAPIM #iranisraelwar #khamenei #iran

