WEBINAR Dr HARTINI

Webinar: KESEIMBANGAN BELAJAR - KERJA - KEHIDUPAN UNTUK WANITA: ADAKAH MUSTAHIL Kuala Lumpur, 30 Mei 2023 - Sempena National Training Week 2023 anjuran HRDP Corp, Unit Inovasi & Kualiti, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan satu sesi webinar bertajuk ”Keseimbangan Belajar - Kerja - Kehidupan untuk Wanita: Adakah Mustahil?” pada 30 Mei 2023 yang disampaikan oleh Dr Hartini binti Yahya. Sesi webinar ini merupakan perkongsian ilmu dan pengalaman Dr Hartini sebagai wanita menghadapi cabaran kerja, belajar dan kehidupan. Seramai 460 orang telah menghadiri sesi webinar ini menerusi aplikasi Zoom. FB :   / bpkmoh