Xtep Time Trial - Pacing Duty

When you are not racing, you're pacing. Itu adalah motto saya dalam dunia larian. Tak semua event kita perlu race, dan event xtep ni disebabkan terlalu dekat dengan Terengganu Marathon 2026 (seminggu kemudian) sangat la tak sesuai untuk all out race. Jadi, dapat peluang untuk pacing Qamar dan juga Wan Aiman dengan target sub 50 min untuk jarak 10km. Agak nervous juga sebenarnya, satu, sebab tak biasa pacing orang, dua, takut badan kondisi tak berapa best dan tiga, takut terscam pace hahaha. Tapi alhamdulillah semua nya okay. 😊 Wearing Xtep 360x 3.0 pada hari kejadian. Lepas event, dapat peluang untuk join workshop Xtep dalam pelancaran dan promosi kasut mereka, iaitu Xtep 2000km 5.0 & 5.0 pro beserta 360x 3.0. Sangat menarik dapat gambaran lebih jelas mengenai hala tuju dan visi brand untuk market Malaysia terutamanya. Sempat juga berborak dengan rakan-rakan dunia larian yang berkongsi minat dan gerak kerja yang sama dalam industri ni. ☺️ *genap sebulan peram footage event ni dan disebabkan ada kehidupan sendiri, ambil masa sikit untuk edit. Hahaha