Jasad Musafir - Pensil Langit

Di hujung senja, aku bertemu seseorang. Dia berkata… Mahu dunia...atau mahu dirimu? Katanya, setiap insan lahir bersama sebuah kehilangan satu menanggung jasad yang satu menyimpan sempadan Dia bentang selembar senja di atas tanah yang tua Seperti tukang tilik menadah takdir di telapak dunia Jarinya menadah gelap jemarinya menjahit cahaya Bibirnya melagukan bahasa yang tak pernah dipelajari manusia Aku sangka dia sedang memanggil nama para bintang Rupa-rupanya dia sedang mengejar bayangku seorang Dia tak meminta darah Dia tak meminta doa Dia cuma menyuruh aku berjalan pulang Dan jangan sesekali menoleh ke belakang Aku lihat manusia menatang mentari di telapak mata sedang rembulan dikerat-kerat, dijadikan cermin buat lupa Mereka berseru (terbanglah tinggi) Sampai satu malam Datang membawa bau tanah yang belum disemadikan Ada doa yang tertinggal di hujung lidah Ada langkah yang tertimbus di bawah bayang Ada jejak di belakang Perlahan tak bergegas Seperti waktu yang patah Tetapi enggan rebah Aku menoleh Tiada siapa Aku pulang...Dimana? Tapi siapa yang membuka pintu? Aku pulang…Pada siapa? Tapi siapa yang memakai namaku? Dia angkat kepala Wajahnya tiada Cuma sepasang mata Dalam kaca ku lihat langit yang pernah aku lupa Tiada bintang Tiada bulan Satu bayang yang sedang duduk bersendirian Sedang tunduk diam Sedang menadah malam Yang gugur dari dahan ingatan Aku cuba memanggil Dia tidak berpaling Aku cuba mendekat Dia semakin asing Aku pulang... Dimana? tapi siapa yang membuka pintu? Aku pulang...Pada siapa? tapi siapa yang memakai namaku? Dia tidak berkata apa-apa Dia cuma pulang #rap #music #nusantara