[AQIDAH] Penjelasan Tentang Nur Muhammad - Maulana Asri
https://darulkautsar.wordpress.com/ PEMURNIAN AQIDAH - Penjelasan Tentang Nur Muhammad Maulana Asri Yusoff Kota Bharu Kelantan ARTIKEL ASAL : https://darulkautsarpencerahanaqidah.... PENJELASAN TENTANG NUR MUHAMMAD 1. Pengenalan Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasawwuf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama yang diciptakan Allah ialah “Nur Muhammad”. Fahaman “Nur Muhammad” sebagai makhluk pertama menyebabkan timbul pula fahaman-fahaman lain berkaitan dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w tidak mempunyai bayang, tergila-gilanya perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w. ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya. Ia juga mirip dengan konsep “Nur Panjthan” (yang bermaksud Nur Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. Fahaman “Nur Muhammad” juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi (sebuah golongan sesat di India) yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi berbeza kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada nur Allah. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula hadith-hadith yang sahih diketepikan untuk menegakkan fahaman ini. Kitab-kitab sirah, maulid dan tasawwuf yang mengemukakan riwayat tentang Nur Muhammad tidak menyatakan sanadnya, malah tidak diketahui langsung punca fahaman ini yang boleh dipertanggungjawabkan. Kalaupun ada, hanya satu hadith yang dikatakan telah dikemukakan oleh Abdul Razak dalam “Musannaf”nya. InsyaAllah kami akan dibahaskan kemudian. Anehnya banyak perincian tentang Nur Muhammad yang tidak terdapat di dalam hadith Abdul Razak itu dapat kita lihat dalam riwayat-riwayat yang dikemukakan dalam kitab-kitab sirah, maulid dan tasawwuf tersebut. Contohnya pada muka surat pertama kitab “Madariju As-Suud” karangan Muhammad Nawawi Bantan, syarah kepada kitab “Maulid Nabawi” karangan Syed Jaafar yang lebih dikenali sebagai “Al-Barzanji”. Kitab tersebut dibuka dengan puji-pujian kepada Allah yang telah memulakan wujud ini dengan Nur Muhammad yang meresap dalam segala perkara yang ditakdirkan Allah sebelum diciptaNya langit dan bumi selama 50,000 tahun. 2. Nur Muhammad Versi Ka’bul Akhbar Kata Ka’bul Akhbar, “Bila Allah hendak menjadikan sekelian maujudat dengan merendahkan bumi dan meninggikan langit-langit, maka Dia menggenggam satu genggaman daripada NurNya. Diapun berkata kepada segenggam NurNya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Maka iapun menjadi satu tiang daripada Nur yang berkilau-kilau sampai daripada hijab kegelapan lalu Nur itupun bersujud seraya berkata, “Segala puji bagi Allah”. Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Ku ciptakan engkau dan Ku namakan engkau Muhammad. Daripada engkaulah Aku memulakan kejadian makhluk ini dan dengan engkaulah Aku menyudahi Rasul-Rasul”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan NurNya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikanNya Qalam. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam, “Tulislah”. Maka menggeletarlah Qalam itu selama 1,000 tahun justeru hebatnya perintah Allah kepadanya itu. Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis? Allah berfirman, “Tulislah Laailaha illallah Muhammadun Rasulullah”. Maka Qalam itu pun menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) berhubung dengan makhlukNya. Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…” Ketika qalam sudah hampir menulis “akan dimasukkanNya ke dalam neraka” tiba-tiba terdengar seruan daripada Tuhan Yang Maha Tinggi, “Wahai Qalam! Beradablah”. Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah dengan tangan Qudrat. Kerana itulah pada kebiasaannya setiap qalam tidak menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah dan berbintik-bintik dan tuhanpun berkata kepadanya, “Tulislah ummat yang berdosa dan Tuhan Yang Pengampun”. (SAMBUNGAN NOTA DI DALAM RUANGAN KOMEN YOUTUBE) Web Menarik - AQIDAH - https://darulkautsarpencerahanaqidah....

20130515-HALIM HASAN-MENJAWAB KESESATAN KEJADIAN NUR MUHAMMAD

TIGA Golongan Tentang NUR MUHAMMAD | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi
![[AQIDAH] SEMINAR AQIDAH - USUL & FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH & SALAFIAH- Maulana Muhd Asri Yusoff](https://i.ytimg.com/vi/hLjiryuXUL8/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwE9CNACELwBSFryq4qpAy8IARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAHwAQH4Af4JgALQBYoCDAgAEAEYPiA-KH8wDw==&rs=AOn4CLCEK60Htj7e1epQmRP9WLR6ffbylg)
[AQIDAH] SEMINAR AQIDAH - USUL & FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH & SALAFIAH- Maulana Muhd Asri Yusoff

Ini Yg Berlaku Saat Nabi Isa Turun Nanti

Maulana Asri : 30+ Kisah Mukjizat Nabi SAW Yang Tidak Sahih (Dipetik Dari Kitab Sirat-un-Nabi)

NYUMBANI KWA PASTOR HAKUKALIKI BAADA YA MWANAWE KUWA MUISLAMU.

Maulana Asri : Solat Tahiyatul Masjid wajib atau tidak? Khilaf para ulama & dalil-dalilnya

(🔴LIVE) 14-11-2025 Ustaz Nidlol Masyhud | Diskusi Akidah Al-Bukhari: Asy'ari Atau Salafi

06-11-2015 Maulana Muhammad Asri Yusoff: Tasawuf pada Neraca Al-Quran & As-Sunnah

Rahsia NUR MUHAMMAD Menurut AlQuran Dan Sunnah | Shaykh Dr. Jahid Sidek al-Khalidi

Dr MAZA Dr Mohd Asri Ustaz Kazim Elias DUKE Forum Perdana Ehwal Islam Ilmu Iman Amal 19 March 2015
![[UMMAH] Kembali Kepada al-Quran Dan Sunnah - Maulana Muhammad Asri Yusoff](https://i.ytimg.com/vi/kdaPd7oS2No/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLAbSvrkKmjW6xcZUzxbOOMBosOhfA)
[UMMAH] Kembali Kepada al-Quran Dan Sunnah - Maulana Muhammad Asri Yusoff

Prof. Dr. Ridhuan Tee Sembang Masuk Islam, Krisis Bangsa Di Malaysia - EP: 104
![[Full]💯 ilmu Rahasia✅✅Nur Muhammad](https://i.ytimg.com/vi/tD42-TnO-_E/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLDaksXcXmjqbvuZU92dcQufGdyziw)
[Full]💯 ilmu Rahasia✅✅Nur Muhammad

DR ROZAIMI KATA SAYA PILIH PENDAPAT MAZHAB HANBALI DALAM ISU QUNUT SUBUH

Berdoa selepas solat secara berjemaah atau bersendirian, yang mana lebih menepati sunnah?

IBNU RIJAL ~ KRISIS AQIDAH ZAMAN MODEN
![[SYARIAT] Penjelasan Bid'ah - 2 - Kembali Kepada Al Quran Dan Sunnah - Maulana Asri](https://i.ytimg.com/vi/xs-nxz-eO_A/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLDaAP9qb0Sht7U0f_Ny1giyS_Nf2A)
[SYARIAT] Penjelasan Bid'ah - 2 - Kembali Kepada Al Quran Dan Sunnah - Maulana Asri

MAULANA ASRI | Kisah-kisah Dongeng Tentang Syeikh Abdul Kadir Jailani

