4 Hari 3 Malam di Dabong, Kelantan 🇲🇾 Hidden Gem Yang Ramai Tak Tahu!

Assalamualaikum dan hai semua! 🤍 Dalam video kali ini, saya berkongsi pengalaman menyertai Lawatan Penanda Aras Pelancongan Berasaskan Komuniti (Community-Based Tourism) ke Dabong, Kelantan selama 4 hari 3 malam. Perjalanan ini membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadi, budaya masyarakat setempat serta bagaimana komuniti memainkan peranan penting dalam membangunkan pelancongan secara lestari. Sepanjang vlog ini, anda akan mengikuti perjalanan saya: 🚂 Perjalanan menuju ke Dabong, Kelantan 🏞️ Menikmati keindahan alam semula jadi 🦇 Meneroka gua-gua yang unik 💦 Merasai pengalaman water tubing di Sungai Kenerong 🍽️ Menikmati hidangan tempatan 🤝 Bertemu komuniti yang menjadi nadi pelancongan Dabong Kalau anda sedang mencari destinasi untuk healing, adventure atau menikmati keindahan alam yang masih terpelihara, Dabong memang antara lokasi yang wajib anda kunjungi! ❤️ Jika anda suka video seperti ini, jangan lupa: 👍 LIKE 💬 Tinggalkan komen 🔔 SUBSCRIBE dan aktifkan loceng supaya tak terlepas video travel saya yang seterusnya. Terima kasih kerana menonton dan semoga video ini memberi inspirasi untuk anda meneroka lebih banyak keindahan Malaysia. #MimieYuzi #Dabong #Kelantan #TravelVlog #HiddenGemMalaysia #CommunityBasedTourism #PelanconganMalaysia #TourismSelangor #NatureMalaysia #MalaysiaTravel #GunungStong #GuaIkan #SungaiKenerong #WaterTubing