(PERMATA- SMKA TUN AHMAD SHAH) NAIB JOHAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU

Persembahan dari kumpulan Permata (SMKA TUN AHMAD SHAH),di Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Daerah Kota Kinabalu yang bertempat di SMK Tebobon,Kota Kinabalu pada 16 Mac 2019. Johan - Harmoni (SMKA Kota Kinabalu) Naib Johan - Permata (SMK Tun Ahmad Shah) Ketiga - Soutul Fuad (SMK Taman Tun Fuad) Solo Terbaik - Iftikhori (Sharif Anwar) Lirik Terbaik - Soutul Fuad Lagu Terbaik - Harmoni Persembahan Terbaik - Harmoni Lirik lagu ke-2 PRAKARSA TAUBAT 5:22 " Dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang zalim " ( Al Hujurat ayat 11 ) Prakarsa indah seorang muslimin menginsafi akan kekhilafannya meraih kembali mahabbah ilahi Astagfirullahal azim Taubat adalah kembali pada Allah dan menyesali setiap khilaf dan alpa berbekalkan azam yang teguh pohonlah maghfirah daripadaNya Bertaubatlah kerna itu kewajipan tidak kira segenggam atau segunung dosa laksana dengan ketaatan berlandaskan hukum-hukum syaraknya Prakarsa taubat adalah menyesali,menginsafi serta berazam takkan mengulangi Istigfar memohon keampunan diri beramal kebajikan, nikmat disyukuri Hikmah bertaubat adalah keimanan buat mereka yang bermuhasabah mendapat cinta Ar-Rahman dan diampunkan setiap noda kehidupan jika istiqamah Sebelum dimamah usia,jasad kaku lalu dikubur persiapkan diri dengan bekalan akhirat Sebelum dimamah usia,jasad kaku lalu dikubur persiapkan diri dengan bekalan akhirat Usahlah lagi kita menjadi insan yang kufur menggapai mihrabNya dengan prakarsa taubat *Maaf dengan kualiti video yang kualitinya kurang dan video agak senget sedikit🙏