TIPE X - SKAlut Party 02/08(JioSpace PJ)-Full VLog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Bertemu kembali dalam KerulMilinChannel . Setelah tenggelam beberapa ketika , kini aku timbul balik . Tapi entah untuk berapa lama 😂 Vlog kali ini aku ke JioSpace yang terletak di Petaling Jaya . Aku menaiki bas dari Kangar Sentral ke Hentian Duta , dan menempah perkhidmatan grab ke lokasi kejadian . Dan pada masa yang sama juga aku balik pada malam itu juga dari Terminal Bandar Tasek Selatan ke Kangar Sentral (balik hari) . Tujuan aku untuk berskankin bersama beberapa X Friends dalam acara SKAlut Party yang membawakan band lagenda SKA dari Indonesia , Tipe X , dan beberapa artis lokal tempatan untuk pembuka acara iaitu Banyak Bunyik Republik dan ArmPunk Sindicate . Pada mulanya aku ingin menaiki Motorsikal untuk ke acara ini (dari Arau ke Petaling Jaya) , tetapi aku membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan bas pada saat - saat akhir atas sebab yang melibatkan beberapa acara yang bertindih tarikh pada hari tersebut (festival indie) dan tidak sempat aku turun serta . Alhamdulillah , aku selamat pergi dan selamat balik . InsyaAllah , jika aku mempunyai masa terluang di masa akan datang , kita akan berjumpa lagi di lain acara . ------------------------------------------------------- Lokasi : 📍https://maps.app.goo.gl/MCAdjJ1H6rW4K... Artis : 📍Banyak Bunyik Republik 📍ArmPunk Sindicate 📍Tipe X Kredit Lagu Ke : 📍Tipe X - Kisah Cinta Kamu dan Aku (karaoke) 📍Tipe X - Tanda-Tanda Patah Hati (karaoke) #TipeX #Skaband #Skalutparty