[Kenangan] | Dato’ Haji Ismail Bin Haji Hashim | Surah Al-Anfal-Ayat 1-11 | Versi 3
Ismail Hashim merupakan qari ulung negara yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari Peringkat Kebangsaan sebanyak sembilan kali dan lapan kali menjadi johan di tilawah peringkat antarabangsa. Dato' Hj. Ismail bin Hashim Dato' Hj. Ismail bin Hashim dilahirkan pada 16 April 1933 di Jerlun, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi sehingga darjah tiga dan meneruskan pelajaran ke Sekolah Melayu Air Hitam, Kubang Pasu pada tahun 1942. Seterusnya, pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Star. Kerjaya : Guru agama, Sekolah Kebangsaan Yan (1956 - 1970) Guru pelawat (Nazir), Jabatan Agama Islam Kedah Nama Allahyarham Dato' Ismail b. Hashim tidak asing lagi dalam Majlis Tilawah Al-Quran sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Kemerduan dan kelunakan suaranya ketika memperdengarkan ayat suci al-Quran bukan saja dikagumi masyarakat tempatan malah masyarakat Islam di luar negara. Selepas pertama kali diadakan musabaqah membaca Al-Quran pada tahun 1956, Allahyarham merupakan satu-satunya Qari pertama yang menjadi johan sebanyak sembilan kali di peringkat Kebangsaan dan lapan kali di peringkat antarabangsa. Allahyarham menjadi johan qari peringkat antarabangsa pada tahun 1963, 1965, 1966, 1969, 1970, 1971, 1974, 1975 Allahyarham merupakan peserta tunggal negara yang telah mencapai peringkat tertinggi dalam pertandingan musabaqah al-Quran. Allahyarham juga merupakan anak Melayu pertama dimana bacaan al-Qurannya telah disiarkan secara langsung di televisyen dan radio Sudan semasa beliau melawat negara tersebut pada tahun 1966 dan kemudiannya di Mesir pada tahun 1976. Allahyarham yang bersara daripada jawatannya sebagai Nazir Sekolah Agama Kedah pada tahun 1988, pernah diberi penghormatan oleh Kerajaan Negara Thailand untuk memperdengarkan bacaan al-Qurannya pada Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Bangkok pada tahun 1963. Sebagai mengenang sumbangan dan baktinya beliau telah dianugerahkan Johan Setia Mahkota (J.S.M) dan Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Yang DiPertuan Agung serta pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K), Perkhidmatan Setia Kedah (P.C.K), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Kedah dan Raja Perlis. Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Ogos 1996 kerana mengidap sakit jantung ketika Allahyarham berusia 64 tahun. Mempunyai perwatakan yang menarik dan serius tetapi kuat berjenaka, anak-anak murid beliau menyifatkanya sebagai seorang penghibur. Beliau boleh bermain muzik, menulis khat dengan cantik dan boleh meniru sesuatu bunyian seperti binatang dan lain lain dengan bunyi yang seakan sama. Gemar memakai songkok hitam tinggi dan ukuran atas songkok lebih kecil dari yang bawah, menjadikan penampilanya sangat unik fan anak murid beliau meniru cara pemakaian songkok tersebut. Beliau juga pernah merakamkan album nasyid yang diberi nama kumpulan An-Nujum dengan beliau sendiri sebagai solo utama bersama isterinya.

USTAZ ISMAIL HASHIM - AL QURAN 1
![[Kenangan] | Dato’ Haji Ismail Bin Haji Hashim | Surah Al-Anfal -Ayat 1-11 | Versi 1](https://i.ytimg.com/vi/SHBpykJrd8g/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLBME70F3ixbRJj9VD5K2UTUesqZIA)
[Kenangan] | Dato’ Haji Ismail Bin Haji Hashim | Surah Al-Anfal -Ayat 1-11 | Versi 1

USTAZ ISMAIL BIN HAJI HASHIM (EARLY 60's)

Quran recitation in a peaceful voice I Alfatiha, Ayat AlKursi, Yasin, AlWaqiah, Arrahman, Alaa Aqel

JASAD TAK DIMAKAN BUMI ~ DATO' USTAZ HJ SHAMSURI HJ AHMAD

Al-Quran Recitation by Abdul Ghani Abdullah

PENAMPILAN DATO' ISMAIL HASHIM DI TAHUN 1962 & 1965 SAAT AWAL RAIH GELAR JUARA TILAWAH ANTARBANGSA

Surah Al-Baqarah (سورة البقره) | Powerful Quran Tilawat for Protection & Blessings | Alaa Aqel

Murottal Pagi Pembuka Rezeki | Surah Al Waqiah,Yasin,Ar Rahman,Al Mulk | murottal alquran merdu

USTAZ ISMAIL HASHIM AL QURAN 2

Quran recitation in a peaceful voice I Alfatiha, Yasin, AlWaqiah, Arrahman, -By Alaa Aqel

RETROSPEKTIF : PERTANDINGAN MEMBACHA AL QURAN (1965)

Surah Al Baqarah Al Sudais 4K سورة البقرة السديس (كاملة مكتوبة) تلاوة رائعة جودة عالية

AL MATHURAT, ZIKIR PAGI PETANG & DOA PEMBUKA REZEKI

Murotal Quran Merdu Juz 30 | Beautiful Quran Recitation | Alaa Aqel

Surah Yaseen | Peaceful Morning Tilawat to Start Your Day with Calmness and Blessings | سورة یس

Dato’ Ismail Hashim ~ Qari Lagenda Malaysia

Bacaan Al-Qur’an Merdu yang Menyentuh Hati | Tilawah Indah Penyejuk Jiwa

Murottal Pagi Pembuka Rezeki | Surah Al Waqiah,Yasin,Ar Rahman,Al Mulk | murottal alquran merdu

