First Look & Basic Specs Skuter 250cc Terbaru Malaysia: Cyclone RT2S & RT5 | Vlog E941

Dalam Vlog E941 kali ni, aku nak ajak korang tengok 1st look dan check harga dua buah skuter segmen 250cc terbaru yang baru sahaja dipertontonkan di Malaysia Bike Show, iaitu Cyclone RT2S dan Cyclone RT5. Video ni cuma walkaround ringkas untuk kita tengok rupa fizikal jentera, keselesaan duduk, layan spec basic atas kertas, dan semestinya aku kongsi harga rasmi kedua-dua model ni. Antara benda ringkas yang aku ulas dalam video: Cyclone RT2S: Skuter gaya urban ADV kompak dengan ketinggian pelana 750mm, berat 179kg, tangki minyak 12.6 Liter, dan windshield jenis manual. Harganya adalah RM13,888. Cyclone RT5: Skuter gaya maxi tourer yang lebih sado, tangki minyak sebesar 18 Liter, ketinggian pelana 755mm, berat 190kg, dan eksklusif ada windshield elektronik. Harganya adalah RM16,888. Spesifikasi Enjin: Kedua-duanya berkongsi nadi enjin kelas 250cc tunggal yang menghasilkan sekitar 26.5 HP dan tork sekitar 24.5 Nm. Barang Jajan Standard: Kedua-dua model dah siap pakej skrin TFT berwarna, sistem smart key, brek ABS, dashcam hadapan, serta tapak rack barang belakang (max 5kg). Korang rasa mana lagi ngam dengan bajet dan gaya korang? Jom layan video ringkas ni sampai habis! Follow aku: YouTube → @FaizAziz TikTok → @faiz.aziz Instagram → @faiz.aziz_ Facebook → Faiz Aziz #FaizAziz #VlogE941 #CycloneRT2S #CycloneRT5 #CycloneMalaysia #ReviewSkuter #Skuter250cc #MaxiScooter #WalkaroundMotor #MotorVlogMalaysia #shopeeytdeals