[WACANA SINAR] PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih

[WACANA SINAR] PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih Tidak lama lagi rakyat di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu. Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Pastinya setiap parti yang bertanding akan memasang strategi masing-masing untuk menarik undi. Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam milikan Perikatan Nasional sementara Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan-BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan, sekarang. PRN ini nampaknya akan menguji kekuatan dua blok tersebut. Siapa berjaya menambah sokongan yang diterjemahkan ke dalam undi atau ada blok yang terpaksa akur menerima hakikat bahawa mereka tidak disukai lagi. Pergelutan merebut sokongan! Setakat ini prestasi PN dapat kita lihat pada pasca PRU1-5 lalu. Bagaimana pula situasi PH-BN? Semua jawapan di tangan rakyat. Tonton Wacana bertajuk Siapa Patut Rakyat Pilih di semua platform digital Sinar Harian, pada 6 Jun 2023, jam 8.30 malam. #wacanasinarharian #sinarharian #wacanake400 #prn