Biskut Chocolate Chip yang famous!
Jom kita tengok Che Nom sediakan biskut raya terpaling laris iaitu Biskut coklat Chips ala Famous Amos. Hasil biskut sangat light, berongga dan rangup bila dimakan. Dalam video ni ada banyak info mengenai bahan-bahan dan juga tips yang Che Nom kongsikan. Kalau anda kategori beginner, tonton lah sampai habis kalau jangan skip. Che Nom sangat rekomen resepi ni pada sesiapa yang nak buat berniaga. TIPS PENTING: 1. Butter perlu dalam keadaan lembut tapi masih sejuk. Jangan sesekali cairkan butter. 2. Sejukkan/rehat adunan sangat penting untuk hasil biskut yang lebih sedap. 3. Sejukkan doh dulu minimum 1 jam/semalaman dan baru bentuk kecil2. 4. Kalau taknak bentukkan guna sudu, boleh gentel dengan jari. Pastikan doh masih agak keras dan SEJUK. 5. Untuk dapat bentuk cantik macam Famous Amos, tak perlu bulatkan dengan sempurna sebelum bakar 6. PENTING untuk bakar doh biskut dalam suhu yang sejuk dan masih keras. 7. Kalau doh yg dah bentuk tu lembik, masukkan dalam peti sejuk 10 min atau sampi keras sikit, kemudian terus keluarkan dan bakar. 8. Boleh susun rapat-rapat masa dalam peti sejuk, tapi bila nak bakar sila susun dengan penjarakkan sosial. 9. Biskut dah masak kalau keperangan. Masa panas memang lembik. Kalau betul2 sejuk baru lah jadi rangup. 10. Suhu & masa bergantung pada oven masing-masing Timestamps: 0:00 Pengenalan Biskut Coklat Chips 0:52 Sedia Butter & Telur 1:49 Bahan Kering & Minyak Jagung 2:53 Masukkan Butter & Brown Sugar 3:30 Masukkan Telur & Vanilla 4:00 Masukkan Honey & Minyak Jagung 4:20 Masukkan Baki Tepung 4:54 Rehatkan Doh Dalam Peti Sejuk 5:43 Bentuk Doh & Susun Atas Loyang 6:06 Sejukkan Doh Jika Lembik 7:02 Sejukkan & Simpan Dalam Balang //Bahasa Melayu ------------------------------ Bahan-bahan: 250g mentega tanpa garam 1 cawan/ 200g gula perang 1/2 sk garam 1 biji telur 1 sk esen vanila 2 1/2 cwn / 310g tepung gandum 1/2 cwn/ 60g tepung jagung 4 sb / 54g minyak jagung 1 sk serbuk penaik 1 sk soda bikarbonat 350g coklat chip //English ----------------------------- Ingredients: 250g unsalted butter 1 cup/ 200g brown sugar 1/2 tsp salt 1 egg 1 tsp vanilla essence 2 1/2 cups / 310g plain flour 1/2 cup/ 60g corn starch 4 tbsp / 54g corn oil 1 tsp baking powder 1 tsp baking soda 350g chocolate chips Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c... Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-... Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no... #resepichenom

Biskut Double Chocolate Chips, rangup sangat!

Soft Chocolate Chip Cookies, lembut & chewy di dalam..luarnya rangup.

The Best Soft Chocolate Chip Cookies Recipe | Emojoie

Biskut Chocolate Chip Famous | Resepi Terbaik Sukatan Cawan dan Gram

New York Mini Cookies Recipe | Soft & Chewy Cookies

March 8, 2025

Cookie Recipe in 10 minutes with your kids! Simple easy to follow/ No Egg

Biskut Semperit Dahlia Susu bunga terletak | 3 Tips penting!

Extra RANGUP! Blackout Chocolate Chip Cookies Ala Famous Amos | basickeli

Kek Coklat Moist Leleh boleh buat berniaga

Double Chocolate Chips Muffin | Kaya Rasa Coklat

Biskut Sarang Semut, biskut klasik wajib ada.

Rahsia Soft Chocolate Chip Cookies Brown Butter: Resepi Chewy & ‘Meletup’

These cookies melt in your mouth! With just 3 ingredients! Oh, how delicious!

3000 cookies sold out in a day! Amazing giant cookie mass production process - Korean street food
![[SUB] 2 flavors of crunchy mini chocolate chip cookies recipe |siZning](https://i.ytimg.com/vi/QT15h5dhHwc/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLAmO2F2Vme9R2LTwr2o6dS1TJRMjQ)
[SUB] 2 flavors of crunchy mini chocolate chip cookies recipe |siZning

Cheesekut Milo 5 Bahan, Tanpa telur & Tak perlu oven

Tart Nenas Gulung Gebu & Homemade Jem Nenas

NYC Cookie Recipe | The Best New York Chocolate Chip Cookies You'll Ever Try! | Cupcake Jemma

