Sanisah Huri - Joget Malam Berinai (LIVE)

Persembahan LIVE Biduanita SANISAH HURI dalam Konsert Istimewa ASMARA DALAM LAGU di Auditorium Ngee Ann Kongsi, Galeri Nasional Singapura, Ahad 05 November 2017 @ 8 malam. Acara dianjurkan bersama buat julung-julung kali oleh akhbar Berita Harian (BH) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC), dengan sokongan Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) sempena Pesta Penulis Singapura. Ia juga diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-60 akhbar BH. Joget Malam Berinai Duduk keliling beramai ramai Sambil berdoa Robbul Alamin Di malam ini malam berinai Sembah pengantin atas pelamin Adik dan kakak mari inaikan Untuk pengantin kita raikan Inilah majlisnya malam pertama Marilah inaikan pengantin baru Awal pertama berinai kecil Hanya dibuat untuk sekeluarga malam ketiga berinai besar Pihak pemuda bertandang sama Amboi kacaknya (hai2) amboi moleknya Bertambah seri majlis berinai Alangkah indahnya majlis purnama Mari lah inaikan pengantin baru Tamatlah sudah malam berinai Kini menanti hari sandingnya Di hari minggu ramai tamunya Sanak saudara bekerjasama Inilah lagunya joget berinai Marilah inaikan pengantin baru