Trans Naning Circle (via Pencawang)

Trans Naning Circle via Pencawang bermula dari kawasan parkir Gunung Datuk. Kami memulakan perjalanan melalui laluan kampung sebelum memasuki hutan di sekitar kawasan tersebut dan seterusnya menuju ke kawasan pencawang. Laluan di kawasan pencawang agak mencabar kerana dipenuhi semak, malah banyak trek telah tertutup dan sukar dilalui. Selepas menempuh kira-kira 11 km melalui denai kampung dan kawasan pencawang, kami mengambil keputusan untuk keluar melalui jalan raya utama bagi baki perjalanan sejauh sekitar 3 hingga 4 km kerana terlalu banyak masa telah terbuang akibat keadaan trek yang sukar.